Salahkah beri susu formula pada bayi?

Pengalamansaya menyusukan anak-anak saya bukanlah semudah ABC ataupun sua sahaja terus memancut-mancut susu badan. Banyak juga pahit getir yang saya tempuhi dan juga hilangnya semangat dek tekanan mereka yang kurang memahami.

Tapi saya teguh berpegang pada kata-kata gynae saya, Dr Suhaimi Isa (boleh baca kolum beliau dalam Berita Harian setiap Ahad, ruang Kesihatan Wanita)
"Kalau ibu give up, baby pun akan give up!
Usaha dan jangan putus asa ya!"

Saya pun pernah beri susu formula, alasan saya ketika itu:
- first baby
- first time mommy
- keturunan tak ada susu (salahkan genetik la konon)
- susu tak ada langsung

Padahal, jawapan sebenar ialah:
- ilmu belum cukup digali
- usaha belum cukup

So ibu-ibu, jgn risau. Besarkan anak sebenarnya suatu proses pembelajaran. Kita silap dan kita betulkan. Kita berjaya menyusukan, kita bantu rakan-rakan yang lain. 

Tiada penghinaan buat ibu-ibu yang beri susu formula, cuma kita ingin anda sama-sama berhempas pulas usaha untuk beri susu badan seperti yang dituntut dalam al-Quran, Al-Baqarah : 233.

Jom jayakan penyusuan susu ibu!

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana nak banyakkan susu badan!
Eksklusif untuk pelanggan saya sahaja tau!

CONVERSATION

0 comments: