Apa pendapat pakar kanak-kanak tentang beri air masak kepada bayi

"Bayi bawah 6 bulan kan tak perlu minum air masak, tapi yang minum susu formula kan bancuh dengan air masak juga? - feeling Confused"

Berikut perkongsian info beri air masak kepada bayi. Saya cuba dapatkan sedikit pandangan daripada Dr Khanisa, pakar kanak-kanak di Hospital Kubang Kerian.



- bayi menyusu badan sepenuhnya : TAK PERLU BERI AIR MASAK
- bayi minum susu formula : TAK PERLU TAMBAHAN AIR MASAK, CUKUP DGN AIR BANCUHAN SUSU ITU SAHAJA

Yang first, mungkin cukup jelas.

Point kedua agak kritikal:
- jangan pandai-pandai kurangkan sukatan susu formula (alasan nak jimat sebab susu mahal, bayi sembelit dsb)
- tak perlu beri air masak untuk bilas mulut, cukup sekadar guna napkin cuci pada lidah

Wallahu alam...
Sekadar perkongsian dari seorang sahabat yang masih belum cukup ilmunya...

CONVERSATION

0 comments: