Tips memilih pam susu terbaik dan paling sesuai_Bahagian 1



Disclaimer : Breast Pump Review is written based on my personal experience during this wonderful breastfeeding journey i had with my 3 little kids. The review was not being paid by any maker and therefore it is up to your decision in choosing the right breast pump for you. Enjoy reading!

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri ni dah agak lama tersimpan dalam draf blog saya.
Semenjak berada dalam personal blog hinggalah ke blog ni.
Dan sehingga hari ini, 20 March 2014, saya masih menunggu sebuah bungkusan breast pump Medela Harmony yang secara sahnya menjadi pembelian pam yang sama untuk kali ketiga!)

Saya terdetik nak kongsikan pengalaman saya bersama-sama pembaca, supaya pembaca boleh menilai kegunaan dan kelebihan serta kekurangannya dari perspektif saya. 

Tak semestinya sesuatu jenama itu menjadi pam yang terbaik.
Tak semestinya pam yang lebih mahal itu lebih bagus.
Tak semestinya pam yang paling canggih siap ada power bank paling efektif.

Yang penting, cara anda menyesuaikan diri dengan pam tersebut serta pastikan penggunaan pam secara maksimum, barulah dikatakan pam yang terbaik.

*sebaik-baik pam susu adalah mulut bayi anda sendiri ye...
Jemputlah baca serba sedikit alkisah breast pump ni ya!

NOMBOR 1

Jenama : Little Bean, Model Mini-Electric
Jenis : Single, Battery/AV Operated
Kategori : Kegunaan Asas
Harga  saya beli : RM200

9 March 2010; inilah tarikh keramat saya memiliki breast pump untuk pertama kalinya! Itu pun suami yang belikan sebab saya sedang berpantang hari yang ketiga. Terima kasih encik suami sebab hadiahkan satu set breast pump complete dengan steriliser dan warmer.

Bila tanya encik suami, “bagus ke pam ni?”
Dia jawab, “entah, kakak tu kata ni ok sebab sama macam medela mini electric”.

Ooooo....buat pengetahuan semua, saya sikit pun tak pernah amik tau pasal pam susu segala bagai ni. Kiranya, saya terima pam ni tanpa ada apa-apa pengetahuan pun tentang pam-pam ni.
*ibu-ibu muda, silalah ambil tahu tentang penyusuan bayi dan cara pengendalian susu ibu dari awal ye. Jangan jadi macam saya tau!

Pertama kali saya guna, rasanya satu rumah bising sebab bunyinya kalah mesin potong rumput tu haaa. Bila tengok susu, alahai.... 0.5oz pun tak sampai! Sedihnya rasa hati.

Tak nak mengalah, esoknya pam lagi. Pun sama! 0.5oz hasil production untuk sehari.
Saya mengaku, mula-mula dulu tak reti pasal susu badan dan tak tahu kena ikut konsep supply and demand. So saya belajar tentang penyusuan susu ibu melalui internet. Bila rasa dah pandai sikit, baru la susu tu macam nak ada. Banyak rupanya! Ada sekali tu, saya pam sampai melimpah keluar dari botol 5oz tu, nasib baik tak overflow dalam motor pam tu. Tak lama pun saya guna pam ni. Sebab minggu kedua berpantang, saya ajak encik suami ke kedai barang baby, saya beli pulak pam yang kedua. Pam ni cuma bertahan tak sampai sebulan dengan saya. Dah selamat pun saya jual pada orang yang lebih memerlukan.

Kebaikan : Biasa-biasa aje. Saya guna brand murah, mungkin kalau guna Medela lagi bagus?

Keburukan : BISING! Kuat makan bateri. Boleh buat single pumping sahaja. Untuk ibu-ibu yang nak cepat macam saya, tak berapa sesuai la kot!



NOMBOR 2

Jenama : Spectra, Model Spectra 3
Jenis : Single/Double, AV Operated
Kategori : Kegunaan Berat (Heavy Duty)
Harga : RM580 (single pumping, additional breast shield required)

Mula-mula saya guna pam ni secara single. Alhamdulillah, kali ni saya rasa bersemangat sangat sebab nampak susu mencurah-curah la jugak. Tak sia-sia paksa encik suami bawakkan ke kedai baby, Twins Baby yang sebelah Tesco Ampang tu. Tahun 2010, pam ni kira mahal jugak la sebab dekat RM580 untuk single pump! (dengan harga yang saya beli kat kedai, rasanya boleh beli 2 kalau beli melalui online!) 

Bila dah yakin dengan kesesuaian pam ni, saya beli lagi satu breast shield untuk permudahkan saya mengepam dengan kadar lebih pantas. Time tu, rasanya harga untuk sebelah breast shield dalam RM70.

Pada pemerhatian saya, Spectra3 ni macam dah nak pupus dengan kehadiran pelbagai jenis dan jenama pam yang tiba-tiba mencanak-canak dijual di pasaran. Buat masa ni, pam yang agak lebih kurang sama dengannya ialah Spectra M1. Bezanya Spectra M1 ni boleh guna rechargeable battery.

Kebaikan : Waktu mengepam dipercepatkan dengan guna 2 breast shield. Pam paling senyap antara semua pam yang saya nak tuliskan di sini. Pam yang paling kurang parts untuk dipasang. Pam yang paling senang nak pasang. Pam paling murah dan paling senang nak servis. Pam paling susah nak rosak. Spare Part pun murah dan senang nak dapat. Pendek kata, saya vote pam ni terbaik untuk semua fungsi kecuali saiz dan power input aje.

Keburukan : Agak berat kalau nak pikul ke mana-mana. Power input hanyalah menggunakan AV. Maka agak susah untuk mengepam di mana sahaja yang anda suka.
Pam ni dah tak ada dalam simpanan saya lepas saya beli pam yang keempat. Tapi inila pam yang paling banyak jasa dan paling saya sayang. Saya jual sebab ada ibu lain yang lebih memerlukan dengan harga yang biasa-biasa aje.


NOMBOR 3

Jenama : Medela, Model Harmony
Jenis : Single, Manual Operated
Kategori : Kegunaan Asas
Harga : RM200 (RRP : RM279)

Disebabkan saya banyak keluar rumah dan tinggalkan baby dengan mak di rumah, saya perlukan pam yang agak handy dan boleh di bawa ke mana sahaja. Hasil carian Pak Google, berjumpalah saya dengan seorang blogger Harlinda Halim yang sangat menjadi motivasi kepada saya tentang penyusuan susu ibu ni. Dalam blog dia, ada jual pam ni. Dalam tak sedar, rupanya saya juga follow blog kakak dia Hadhatina Halim yang sekarang ni jadi mami saya dalam dunia Shaklee ni.

Pam ni tak sakit. Suction yang sangat lembut dengan SoftFit. (Saya tak pernah guna personal fit sepanjang berkecimpung dengan pam jenama Medela ni). Lagi satu handle dia tak melenguhkan tangan sebab boleh swivel kiri dan kanan, pam susu jenis ni sangat sesuai untuk orang kidal.

Pernah satu kali kat nursing room Pantai Hosp Bangsar, saya dok la mengepam sambil tunggu nombor dipanggil. Ada satu minah salleh ni dok perhatikan saya mengepam dan terus teruja dia tengok susu keluar membuak-buak dalam keadaan rilek-rilek aje. She was using Avent at that time, terus interview berapa price etc.

Kebaikan : Tak banyak parts untuk assemble, senang nak cuci, handle boleh guna pada Medela Swing untuk jadikan manual pump. Tak sakit, tak lenguh tangan mengepam. Pendek kata, ni pam manual paling best untuk ib-ibu yang tak berapa nak ada bajet.

Keburukan : Secara jujurnya, tak ada! Tapi kalau nak cari jugak keburukannya secara peribadi, saya dah beli pam yang sama untuk kali keTIGA! Sebab terlalu best, handy, mudah nak bawa ke mana-mana.

Entri seterusnya bersambung di sini.

****************************

Dapatkan SET PENYUSUAN bagi membantu melengkapkan penyusuan anda di sini.

Set Penyusuan E
Set Penyusuan B
Set Penyusuan Premium

Atau hubungi nombor di bawah untuk konsultasi eksklusif:
Linda
0129401604 / sihatdengansaya@gmail.com

CONVERSATION

2 comments:

Abdul Khaq Baba said...

Asaalam Puan. Tahniah

Saya suami mencari peralatan untuk isteri. Entry puan membuka mata saya. Terima kasih

Jemput singgah blog saya jejarihaq2u.blogspot.com

Buah Kedondong said...

Alhamdulillah.

Mudah-mudahan bermanfaat bagi yang membacanya. Sekadar perkongsian daripada saya. InsyaAllah, ada lagi dua jenis pam yang terbaru akan saya ulas lebih lanjut nanti.

Akan saya singgah di kelapangan saya nanti ya!

Terima kasih sudi singgah di sini :)