Post-operation Wisdom Tooth, Kenapa Gusi Saya Makin Sakit?

Sambungan kisah post-op wisdom tooth (geraham bongsu)

Saya balik ke Taman Pelangi dengan mama. Wanyah bersungguh masakkan bubur, jaga macam anak sendiri. Aduh..tak terbalas jasa wanyah rasanya. 

Lepas makan bubur, saya tak lupa makan antibiotik, ubat tahan sakit (ubat tau, sbb saya sakit waktu tu). 
Mengejutkan!!!
Pipi saya membengkak, saya meraung kesakitan. Saya up lagi ubat tahan sakit sebab sakitnya, Allah...tak tahu nak gambarkan macam mana keadaannya waktu tu.

Foto kredit : galleryhip

*bengkak tu macam dalam gambar. Tapi saya punya lebih dahsyat selepas 2-3 hari.

Esoknya makin membengkak, saya ambil keputusan kembali semula ke klinik gigi universiti. Nak ambil teksi, it will going to cost me about RM100 single journey. Makanya, merempit la kita ya.

Baru nak sarung helmet, timbul satu lagi masalah.
Pipi dah bengkak, helmet LTD tu pun tak boleh muat muka saya! 
Nak tak nak, saya sarungkan juga dalam keadaan menyenget (tolong jangan minta saya demo ya 😅)
*Awas! Pemakaian helmet yang tidak sempurna tidak sepatutnya dilakukan kerana membahayakan diri anda!

Anggaran 30 minit menunggang motosikal, sampai juga saya di sana. Bila dirujuk, saya dimaklumkan bahawa ubat yang diberi tidak bersesuaian dengan saya. Pulanglah saya dengan ubat-ubatan baru.

Sedih.
Sepatutnya saya dijangka pulih kurang dari seminggu. Sebaliknya mengambil masa hampir 3 minggu untuk pulih sepenuhnya dan makan seperti biasa.

Saya tak salahkan klinik gigi dalam hal ini. Yang saya nak sampaikan, kita semua sebenarnya kena tahu masalah badan kita. Ketahui alahan makanan dan ubatan. Tak semua ubat dan makanan serasi dengan kita walaupun serasi dengan orang lain.

Sebab tu juga, sebagai seorang pengedar Shaklee, kebiasaannya saya akan tanya sejarah kesihatan pembeli. Walaupun saya bukan doktor, bukan pakar, namun saya ada tanggungjawab dalam mencadangkan suplemen yang betul kepada pembeli saya.

Dah kalau bukan pakar, bukan doktor, macam mana pulak pandai-pandai nak jual? Ikut-ikut orang je ke? Sebab tu Shaklee anjurkan kelas percuma je, supaya semua pengedar ni ada ilmu. Kalau tak pasti, kami rujuk dengan pakar nutrisi Shaklee. Atau kalau nak lagi best, jom ke HQ Shaklee di Sunway Geo. Boleh buat pemeriksaan kesihatan dan bertanya sendiri dengan pakar nutrisi di sana ya.

Bagaimanapun, sehingga hari ni saya masih trauma. Pernah lari dari kerusi waktu doktor gigi baru nak periksa. Perlahan-lahan saya atasi ketakutan tu jugak. Mungkin kena makan B Complex sebelum jumpa doktor gigi supaya hilang gementar agaknya.

Untuk penjagaan gigi dan tulang, saya cuba cukupkan keperluan kalsium dengan pil putih kegemaran saya tu. Untuk yang selalu culas minum susu dan makan makanan berkalsium tinggi, nak tak nak saya cukupkan dengan pil kalsium.

Korang pulak?

CONVERSATION

0 comments: