SELAMAT HARI GURU!

"Cikgu suka main bola, hari-hari Cikgu main bola ..... Cikgu Tidur!! Mari kita main!!".

Nostalgia SK Ulu Klang, sekolah Che'gu Shaari 
mengajar..huhuhuh. 

SK ULU KLANG dulu dan sekarang.

Linda di sekolah ini dari 1990 sehingga 1992.
Bangunan ini merupakan perpustakaan sewaktu Linda tamat persekolahan.

Antara kenangan Linda sebagai pustakawan di situ, pemberat timbangan jatuh terhempap atas ibu jari kaki semasa sedang mengemas perpustakaan dalam tahun 1991.
Kesannya, Linda tak ke sekolah kerana ibu jari membengkak, tak boleh berjalan langsung.

Mama bawa ke klinik PUSRAWI Taman Permata, dan kuku ibu jari kena cabut sebab dah hitam (darah beku). Rasanya jeritan Linda seluruh Taman Permata dapat dengar kot!

Sampai sekarang, kalau anda lalu di MRR2 menghala ke Zoo Negara, anda akan nampak bangunan sekolah ini di sebelah kiri anda. Setentang dengan sekolah ini merupakan Studio Filem Jins Shamsudin. Kalau dulu jalan raya depan sekolah cuma satu lane sahaja.

Sekarang ni, kalau nak suruh Linda lintas jalan kat situ, mau sampai esok tak lintas-lintas kot!

Selamat Hari Guru buat guru-guru semua terutamanya Guru di SK Hulu Kelang.
Al-fatihah buat Allahyarham Cikgu Azizah binti Baba.

Cergas Tekun dan Berjasa
Cogankata Kami Semua  
Sekolah Hulu Kelang
Namanya Tetap Cemerlang

Jasa Guru-guru kami
Kami Pasti Akan Sanjungi
...pastu tak ingat dah :D

CONVERSATION

0 comments: