ISTERI MENGELUH PERANGAI SUAMI, NO 4 PALING TAK DISANGKA!

Sewaktu buka facebook tadi, ternampak kisah pelik yang dikongsi oleh sahabat Linda ni.

Punyalah gigih Linda baca tapi bila sampai kat nombor 4 tu memang Linda terbeliak biji mata dibuatnya. Siap baca 7-8 kali kot tersilap baca dan tersalah faham.

Kalau korang berada dalam situasi si isteri ni, korang buat apa?


Salam..mintak hide profil saya. Saya nak mintak pandangan/pendapat/kata2 positif...
1. Anak sulung saya berumur 3 tahun. Sepanjang tempoh 3 tahun ni, suami saya langsung tak pernah tolong bangun malam2. Contoh buatkan susu, tukarkan pampers. Puas dah cakap, gerak bangun, tapi tetap buat tak tahu. Bila pagi kadang-kdang saya sakit kepala terlambat bangun dan terlewat masak. Dia marah-marah hempas-hempas pintu, hempas-hempas barang. Saya dgn dia dua-dua bekerja dalam sektor yang sama. Kerja mencabar. Dia slalu mengadu letih, tak larat. Tapi saya letih tak larat pun saya buat jugak mngenangkan anak.

2. Saya tengah mengandung anak kedua dan sekarang usia kandungan saya 4 bulan. Serius saya cakap dari anak pertama lagi kalau mengidam nak makan apa-apa saya akan usaha sendiri. Sebab saya tahu kalau saya mintak suami akan kata macam-macam. Mengada la, marah la, susah nak dapat la, merungut macam-macam. Sungguh saya sedih tapi saya kuatkan hati. Takpe saya cari sendiri. Tak pun beritahu mak abah, diorang yang carikan. Baru sebentar tadi saya agak terkilan dengan suami, saya cuma tunjuk padanya 1 air yang sedap tapi saya tak teringin sikit pun. Saya cuma nak dia tengok. Dia marah-marah saya katanya saya nak benda mngarut-ngarut. Benda yang susah dapat. Pastu dia buat tak tahu. Ya Allah sedih rasa hati... meleleh air mata senyap-senyap.

3. Macam mana nak suruh dia tunaikan solat 5 waktu. Dah bermacam buat. Nasihat, ajak solat skali tetap tak endah. Kesiankan anak. Anak pandai solat dari umur 1 tahun sebab lama tinggal dgn mak abah saya. Perangai dia sgt berbeza... bila dekat kampung saya dia akan solat, solat Jumaat. Bila ada dekat kampung dia, dia tak pernah buat pun. Kalau dekat rumah sendiri lagi la.. kalau balik keje pukul 5 dengan tak mandi, tak salin baju baring depan tv sambil main game...pernah sampai tertidur dengan baju-baju keje tu dekat depan tv. Sungguh saya teringin sangat-sangat nak sembahyang berimamkan dia. Selalu sangat berangan balik rehat hari Jumaat, iron baju dia utk dia pegi sembahyang (mcm benda yg sama buat pada abah masa kecik2)

4. Suka berak dalam seluar. Maaf agak kotor. Tapi tula realitinya. Dulu mula-mula kahwin takde dan tak pernah pun macam ni. Bila ditanya katanya malas. Cuba bayangkan kita tengah makan, dia tengah menonggeng sambil meneran. Bila dah puas baru masuk bilik air. Lebih teruk dari anak dah tengok..

Bantulah saya mungkin ada pandangan positif yg boleh bagi..kata-kata semangat. Saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Ajak berbincang pn tak menjadi, last-last saya jugak yg kene sbb suami sgt panas baran. Saya cuma pikir 1 je mungkin ada habuan saya kat sana nanti... nak kecam pun kecamla saya tak kisah. Saya dah buntu sgt2....tolonglah saya... Terima kasih KRT dan semua.

Banyak-banyak komen, komen yang ni paling menyentuh hati. Mungkin boleh juga dijadikan panduan buat isteri-isteri di luar sana.

Td saya beritahu ibu sy tentang kisah puan. Kemudian ibu ambil Buku nota beliau dan memberi sedikit perkongsian yang di perolehi melalui ceramah2 yang di dengarnya. Sedikit agak panjang , tapi harap dapat membantu puan merangka langkah seterusnya. 

1. Mukadimahnya : Bersabarlah hingga ke akhirnya.

2. Ada doa yang disertakan sekiranya puan mempunyai sengga waktu yang sesuai untuk berdoa "Ya Allah, kalau  seandainya perilaku perilaku suamiku kerana dosanya atau dosaku,maafkanlah. Kalau kerana cobaan-angkatlah. Kalau kerana sihir - batalkanlah. Berikan dia hidayah. Moga moga dia berubah"

3. Dari seorang guru: "Rumahtangga ITU dari awal sampai Kita meninggal -masa ta'arufnya (perkenalan) Jalan terus" (maksudnya tak mungkin mampu untuk mengenal hati budi pasangan 100% walaupun tinggal sebumbung,melainkan kita ada kebolehan mendengar suara hati orang lain)- maka dengan kesabaran mungkin ia nya akan menjadi kenderaan Kita untuk ke syurga. 

4. MELAINKAN atas perkara2 yang tidak boleh ditoleransi :
A. Murtad dari Agama
B. pemabuk Dan suka memukul
C. Meninggal solat secara 'jahdan' (bangkang)
D. Mengabaikan kewajipan - tidak beri nafkah, tidak ambil tahu
Kalau pasangan mahu berubah/bertaubat-  terpulang pada puan untuk membuat pilihan samaada untuk bertahan & memberi peluang, dan tidak Salah juga jika puan terus meninggalkannya.(khiar)

5. Sekiranya boleh untuk saya cadangkan kepada puan, lihat Dan telitilah kembali apakah yang puan harapkan dalam perkahwinan puan sebenarnya. 

6. Mampukah puan menyediakan persekitaran  yang kondusif untuk membesarkan dan mendidik Anak puan untuk menjadi seorang insan -sementelahan anak2 belajar dengan memerhatikan ibu bapanya.

7. berat Mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tmbahan pula, puan dalam fasa emosi yang 'fragile' (faktor mengandung menyumbang kepada perubahan hormon Dan ketidakstabilannya)..Maka apakah yang lebih dahsyat daripada penderaan mental, jika dibandingkan dengan penderaan fizikal -yang boleh Kita belek Luka lebamnya?

8. Jangan biarkan diri merana sendirian, keluarga puan sentiasa Ada disisi, dapatkan bantuan /sokongan moral dari keluarga&saudara terdekat, Serta pihak professional pun sedia membantu. Igtlah puan perlu menjadi pelindung kepada 2 Anak comel yang Allah anugerahkan kepada puan. Tapi pertama2nya puan perlu melindungi diri sendiri

9. Saya doakan puan Dan kandungan sentiasa sejahtera hendaknya Dan semoga Tuhan mengangkat kesedihan /kesukaran puan Serta mengantikan semua kesabaran puan dengan kebaikan yang berlipat2 Kali ganda. Jika puan terasa dizalimi, igtlah doa orang yang dizalimi ITU adalah makbul.

Maaf atas penulisan yang Panjang, tapi entah kenapa terkesan Sgt dgn kisah puan ni. Sebetulnya, berbagai2 kisah Rumah tangga boleh dijadikan teladan. Ie: Suami si kaki pukul , sehingga anak 8 baru lah si Isteri mencari perlindungan . Maka tertakluk kepada Kita  Iah yang bertanggungjwb utk mengariskan sempadan. Semoga bermanfaat. Wallahualam

Kredit: Eda Tajuddin

Dari segi berak dalam seluar tu, Linda berpendapat suaminya ada masalah psikologi. Mungkin boleh dirawat dan dibawa segera berjumpa pakar. Atau lebih tepat, memandangkan suaminya tak tunaikan tanggungjawab agama iitu solat 5 waktu, besar kemungkinan jiwanya dah rosak. Boleh cuba rawat jiwanya.


Apa-apapun, ini baru segelintir masalah rumahtangga yang ada. Mudah-mudahan suaminya kembali pulih dan rumahtangga mereka semakin bahagia. Elakkan juga stress dalam kehidupan harian. Banyakkan zikir dan selawat. Banyakkan makan B Complex untuk redakan tekanan. Kalau dah sampai migrain, korang tambah je Ostematrix ya. Berapa banyak nak makan, ni tunggu jadi pelanggan eksklusif Linda ya, Linda akan guide pengambilan suplemen korang tau!

InsyaAllah...

CONVERSATION

1 comments:

Siqah Hussin said...

Uish yang no 4, paling rasa tak boleh terima T_T