UDANG MASAK MASAM MANIS VERSI MAMA SIBUK

Hari ni Linda nak berkejar siapkan blog bersawang ni. Mana nak masak, nak siapkan anak, nak kejar retock barang. Fuh! Apa-apapun kita kena setelkan jugak semua tu. Paling penting, kena tengok apa yang kita boleh minimakan dan buat dengan pantas.

Sementara anak-anak ada di sekolah, dan Azalea yang belum bangun tidur, ini antara kerja yang Linda sempat siapkan.

  • telan megadose Lecithin dan Alfalfa, yang ni untuk bakar lemak dan angkut lelemak tu keluar dari badan
  • breakfast dengan ESP (minuman berprotein) dan Cinch Choc Shake (kalau siapa nak kurus dan maintain berat, minuman ni paling sesuai tau)
  • basuh baju
  • masak nasi
  • sapu sampah
  • kemas dapur
  • siapkan 1 entri blog
  • sidai baju (baju dah siap dimesin sambil buat kerja kat atas tu)
  • layan whatsapp customer dan kawan-kawan
  • siang udang dan prepare bahan masakan
Sambil-sambil tu Encik Suami sempat lagi Face Time sebelum dia pergi solat Jumaat. Tak lupa remind dia untuk makan Carotomax sebab power cermin mata dah macam naik sikit.

Azalea pun bangun, maksudnya dah tak boleh rehat dah. Ajak mandi, makan dan layan dia homeschooling sekejap. Ngam-ngam abang-abangnya balik. Yelah, hari ni Jumaat, semuanya balik awal.

Alamak, Linda belum masak lagi ni. Nak bagi Muhammad lupa jap perut lapar dia tu, suruh dia pergi ambil daun kari dalam 5 tangkai kat depan rumah. Dapatlah 5 tangkai daun kari yang muda-muda, alahai, jadilah anak oiii.

Maka, inilah hasilnya bila mama sibuk dan nak masak cepat.

Tekak saya dan tekak anak-anak rasa sedaplah. Tak tahulah kat korang kan. Tapi tak salah mencuba. Jom tengok resipi mudah dan ringkas dari dapur Linda (cecewah bajet chef la pulak).


RESIPI UDANG MASAM MANIS MAMA NAK CEPAT

Bahan-bahan

Udang - 1/2 kg, cuci dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit
Bawang Holland - sebiji, dihiris bulat
Bawang putih - 3 ulas, diketuk
Daun kari
Sos Cili - 3 sudu
Air - 2 sudu

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dalam 3 sudu, dan goreng udang sehingga kemerahan
2. Masukkan bawang Holland dan bawang putih sewaktu menggoreng udang
3. Masukkan Sos Cili yang telah dibancuh dengan air
4. Letakkan sedikit daun kari sebagai menaikkan aromanya
Siap!

 Udang ni tak sesuai makan selalu sebab kolestrol tinggi sangat. Tapi janganlah sampai menyekat keinginan nak makan, dan janganlah sekali makan tu sampai berpinggan-pinggan.

So kalau korang rasa nak tau macam mana nak kawal kolestrol dan darah tinggi tu, boleh la baca cerita Puan Norhana ni kat SINI.

Bagaimana menjaga jantung anda?

CONVERSATION

0 comments: