CARA TUKAR AKAUN INSTAGRAM PERSONAL KEPADA BUSINESS

Kenapa kena tukar akaun peribadi kepada akaun perniagaan?


Tak kan la saja-saja tukar pulak ye tak?

Linda nak share sikit kenapa patut upgrade akaun IG anda ni.

KELEBIHAN ADA AKAUN INSTAGRAM PERNIAGAAN (BUSINESS)
• mudah dipantau kerana ada analytics (kita tahu berapa post views setiap gambar). dari situ boleh tahu gambar mana lebih menarik minat ramai.

• untuk maklumkan kepada orang ramai yang kita ni meniaga, marilah beli dengan kita weh!

• boleh buat iklan berbayar di instagram, dengan dua tujuan, untuk tarik followers atau jual produk tertentu (tengok gambar di atas, ada butang PROMOTE)

• link terus kepada facebook pages, jadi tak payah la korang penat-penat nak taip banyak-banyak. Korang cuma siapkan nota, taip, copy dan paste di instagram, lepas tu pilih butang share, share kepada facebook pages anda dan taraaaa... 2 kerja anda dah siap dalam sekelip mata.
Senang kan?

Tapi macam mana nak tukarkan akaun instagram tu kepada perniagaan? Haa..part ni yang Linda nak ajar.

CARA TUKAR AKAUN INSTAGRAM KEPADA AKAUN PERNIAGAAN (BUSINESS IG)
• Mula-mula kena ada Facebook Pages. Kalau tak ada, buatlah satu. It's never too late to start something new. Senang je, klik-klik dah siap. Dari akaun facebook korang tu, just pergi kat Pages, Create Your Own Pages. Pastu korang tambah lah gambar cantik-cantik dan info berkaitan perniagaan korang ya.
Ni contoh Facebook Pages saya:

• Langkah kedua, kenalah ada akaun Instagram ye tak? Sekarang pergi pada Setting - Linked Account - Share To
(Masukkan facebook Pages korang kat dalam tu)

Semua ni tak lebih setengah jam pun kalau korang nak setting. 

Cuma ada teknik tertentu kalau korang nak post korang dapat attract lebih banyak engagement. Yang ni korang digalakkan sangat ikut kelas eUsahawan kelolaan MDEC, percuma je tau. Boleh follow www.salwasaleh.com sebab dia pun salah seorang trainer usahawan yang sangat kebaboom!

Ok, dah belajar. Dah pandai. Tunggu apa lagi? Jom upgrade!

CONVERSATION

0 comments: