REVIEW SUNK INTO THE WOMB VERSI SAYA.

Merata orang share kisah SUNK INTO THE WOMB ni di facebook. Saya pun dok save link ni untuk tengok sehinggalah semalam. So sedikit sebanyak ringkasan kisah tersebut yang dapat saya kongsikan di sini. Jemput baca ye kawan-kawan.



Cerita mengisahkan seorang ibu (Ogata) yang ditinggalkan suami kerana mengikut perempuan lain. Ibu seorang yang penyayang, periang. Lama-kelamaan si ibu ada boyfriend, rumah dan anak-anak tak terurus.

Kehadiran teman lelaki si ibu di rumah kurang selesa dengan anak-anak yang kerap menangis. Si ibu keluar berhari-hari dengan meninggalkan anak yang berumur 3 tahun dan 1 tahun bersendirian.
Baca dan elakkan kejadian seperti Ogata Tanda-tanda anda mengalami kemurungan awal

Anak sulungnya Sachi, melayan adiknya Sora yang menangis. Tin susu jatuh, Sachi kutip serbuk susu dengan tangan dan buatkan susu untuk Sora. Tolong dodoikan Sora. Sampailah suatu hari dah tak ada apa nak diminum, dek kerana kelaparan Sora ambil detergent untuk minum tapi dilarang oleh Sachi. (Korang yang ada detergent dan mudah dicapai oleh kanak-kanak, alihkan ke tempat yang tak mudah diambil ya. Seeloknya gunakan pencuci yang tiada bahan kimia merbahaya seperti Get Clean Set Shaklee)

Suatu malam, Sora dah tak bergerak langsung. Sachi tak tahu adik dia dah tak ada, dia main cak-cak dengan adik dia. Kalau korang menghayati, time ni korang akan rasa sedikit pilu. Sachi buat cubaan bukak tin makanan dengan pisau, makan makanan dari plastik sampah, makan doh mainan.

Sehinggalah suatu hari si ibu balik, Sachi beritahu si ibu yang Sora dah tak gerak. Si ibu mula mengemas rumah, bersihkan sampah, keluarkan ulat-ulat dari muka/mulut Sora tanpa ada perasaan dah. Si ibu penuhkan tab mandi dan tinggalkan Sachi dalam tandas. Sachi lemas. Si ibu bungkus kedua-dua anaknya dalam tikar.

Penghujung cerita, hanya langsir terbuai angin. Si ibu bunuh diri? Saya pun tak pasti.

KESIMPULAN
Cerita ini diadaptasi dari kisah benar.
Betapa tertekannya si ibu selepas ditinggalkan sehingga tak berfikir secara waras. Orang perempuan ni, kalau stress, banyak-banyak la makan GLA dan B Complex untuk stabilkan hormon.
Kenapa wanita sangat perlukan B Complex? Baca DI SINI

Oh ye, jangan tengok jika anda mudah terkesan dan tahap hati tisu brand Premier!

Jalan cerita sangat slow.
Kalau kat panggung wayang, mungkin saya dah terlelap.
Kebanyakannya penonton terpaksa buat kesimpulan sendiri.
Kalau korang faham Nihon go, boleh je nak dengar sambil buat kerja lain. Tapi kalau tak faham, terpaksa mengadap subtitle tu sampai habis.

Kepada para suami, kalau rasa isteri tu dah boring, dah tak lawa, dah gemuk, dah macam-macam, janganla pulak korang tinggalkan. Apa kata korang bagi dia peluang manjakan diri, belikan produk kurus, belikan produk kesihatan dan kecantikan supaya isteri tu comel dan cantik pada mata korang. Kalau pi cari perempuan lain pun, tak lama lagi diorang pun akan jadi macam yang korang kononnya meluat nak tengok dah tu.

Jangan lupa baca juga LELAKI CURANG CEPAT MATI???

Sekian.

CONVERSATION

3 comments:

Panana said...
This comment has been removed by the author.
Panana said...

teringin nak tgk cerita ni,tp mcm sedih pulak.. akak,saya nak follow akak tapi x jumpa button follow lah.

Lya Amie said...

saya tak habes tengok pon cerita ni, slow sangat ahaha.