Farah Wahida Antara14 Individu Dipanggil SKMM Untuk Bantu SiasatanBerita Palsu

Astro Awani : "Farah Wahida antara 14 individu yang dipanggil oleh SKMM (MCMC) untuk untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini. (Klik sini untuk berita penuh)


Pukul 4 pagi dapat Whatsapp dari mama, print screen dari Astro Awani. Mama tanya, "suami Master Farah Wahida dah buat penjelasan di TV3 kan?"
Betul tu, dan rasanya tindakan SKMM kali ini lebih kepada tindakan susulan laporan yang digembar-gemburkan tu.

MHI Siarkan Paparan Media Tentang 'Penipuan Sewa Helikopter TUDM'

Selepas MHI siarkan kisah banjir di Kelantan pada 29 Disember lalu, ada paparan media tentang kisah Farah Wahida yang jadi bualan ramai kononnya nak sewa helikopter TUDM bernilai RM4,500 sejam untuk keluarkan pesakit di Hospital Kuala Krai.


Itu semua karut!
Sedih sangat bila fikirkan rakyat Malaysia pada zaman sekarang suka sangat baca screen shot sekerat-sekerat dan terus buat andaian dan spekulasi tersendiri. Dah ramai sangat Sherlock Holmes nak jadi Steven Spielberg agaknya.

Baca Info Sampai Habis Dan Fahamkan Sebelum Sebarkan

Cuba lihat screen shot yang telah diviralkan oleh ramai individu di media sosial ni.


Sekarang, buktikan kepada orang ramai, di manakah terteranya pengakuan Master Farah Wahida untuk sewa helikopter TUDM tersebut?
Tak faham?
Baca sekali lagi.
Dalam komunikasi di atas, Master Farah Wahida hanya nyatakan jenis helikopter TUDM yang digunakan dalam misi bantuan banjir.

Kisah yang sedang dibincangkan ialah helikopter swasta yang sedang dicari haruslah ada ciri-ciri tersebut, atau hampir sama dengan fungsi helikopter NURI. Quotation yang diterima dari syarikat swasta mengatakan anggaran RM4,500 sejam diperlukan untuk sewaan tersebut.

Memang ya.
Sekali pandang nampak macam sedang bercakap tentang sewa helikopter TUDM.
Tapi nak kepastian, apa salahnya baca sampai habis, fahamkan isu apa yang sedang dibincangkan dalam komentar tersebut.

Mujur ada juga yang bijak buat penilaian.
Bila dah perasan kita sebarkan perkara tak benar, kita clear semula isu ni supaya orang tak salah faham.


MHI Ambil Langkah Bijak Dengan Mengkaji Semula Isu Fitnah

Saya dan rakan-rakan lain ambil inisiatif untuk hubungi Ahmad Fedtri Yahya, mohon beliau bantu bersihkan nama Master Farah yang gigih bantu beri sumbangan kepada mangsa banjir, terutamanya di kawasan yang sukar dimasuki.

Alhamdulillah, Saudara Ahmad Fedtri Yahya amat positif dan terus merujuk kepada Master Farah tentang isu ini. Penjelasan oleh suami Master Farah, Master Mohd Yusri Azraai ada di slot Malaysia Hari Ini pada 30 Disember yang lalu.


Susulan temuramah dengan pihak SKMM, Master Farah kini dipanggil untuk bantu siasatan penyebaran berita palsu ini.

Ya! Saya setuju berita ini BERITA PALSU!
TIADA SESIAPA pernah mengatakan nak sewa helikopter TUDM.
Singkatnya pemikiran kita semua andai berfikiran sedemikian!
Yang sangat menyedihkan, antara mereka yang terus menuduh tanpa memahamkan isu sebenar datangnya dari golongan berpendidikan tinggi!
Allahu Akbar!

Pagi-pagi tadi juga saya mesej Master Farah dan maklumkan berita dari SKMM ini.
Jujurnya, saya amat menyokong tindakan SKMM memanggil Master Farah dan yang lain-lain untuk tampil membantu siasatan tentang INDIVIDU YANG SEPATUTNYA MENJADIKAN ISU INI VIRAL DENGAN MENGELIRUKAN ORANG RAMAI TENTANG SCREEN SHOT TERSEBUT.

Semoga Allah merahmati semua yang terlibat dalam misi bantuan pasca-banjir kali ini.

Kadang-kadang, bagus juga diviralkan kisah Master Farah ni ya...lebih banyak sumbangan diterima, lebih banyak mangsa banjir dapat dibantu.

Hikmah di sebalik kejadian...

Nak tahu update jujur dari Master Farah tentang sumbangan tersebut, boleh layari facebook beliau Farah Wahida
Atau di FanPage Kami Sokong Farah Wahida

CONVERSATION

0 comments: