Bagaimana Nak Hilangkan Bau Badan Tanpa Deodoran

"Shaf, Angkat! Angkat Tangan!"

Iklan angkat tangan daripada LifeBuoy ni memang sempoi sangat rasanya.
Comel pun ada terutamanya bila dia terkepit-kepit ketiak tu.
Pernah tengok tak iklan yang mana satu?

*sedutan iklan adalah dari versi Indonesia

Haa..
Siapa antara anda yang ada masalah begini?

Dalam tren balik kerja, sah-sah malu nak angkat tangan sebab ketiak hangit. Walaupun bergelen minyak wangi anda spray pagi-pagi. Walaupun anda buat rawatan mandian minyak wangi satu tub mandi pun tak guna kalau bau badan anda berpunca dari dalaman anda sendiri.

Bau badan adalah salah satu petanda badan anda mempunyai kadar toksik yang sangat tinggi. Untuk menyahtoksik daripada badan, anda perlulah mengawal pemakanan, mengambil makanan yang boleh menyahtoksik serta melakukan senaman agar memudahkan proses perkumuhan berlaku.

Shaklee menawarkan pelbagai produk kesihatan serta kecantikan dan keperluan rumah.
Dulu adalah sesuatu yang pelik kepada saya apabila Produk Kecantikan Shaklee hanya mempunyai rawatan rambut dan penjagaan muka sahaja. Namun, setelah mengamalkan hampir kesemua produk dari Shaklee secara konsisten, barulah saya faham kenapa Shaklee tidak mengeluarkan produk seperti sabun mandi dan deodoran.


Produk Kesihatan Shaklee pelbagai kegunaan bukan setakat dimakan untuk kesihatan dalaman, malah boleh dibuat masker dan scrub tau!

Apa yang saya alami mungkin menakutkan anda, tapi inilah hakikatnya.
Selepas amalkan Alfalfa Shaklee selama lebih kurang sebulan, saya dapati bau badan saya agak tengik sedikit. Nak angkat tangan pun malu, rasa macam berkepam je bau ketiak tu. Mujur saya tak naik LRT ke tempat kerja. Kalau tidak, memang saya jadi macam Syaf la eh.

Apa-apapun, saya tetap makan secara konsisten setiap hari tanpa pernah tinggalkan walau sebiji sekalipun. Air masak jangan katalah! Sehari minimum 3 liter tak tinggal. Waktu itu, saya sedang amalkan Set Menyusu dan Kurus.

Kesan pengambilan secara konsisten akhirnya menghasilkan perkara berikut:
- bau badan hilang, tiada lagi bau ketiak hangit walaupun tak pakai deodoran seminggu lebih. Sekarang ni pun saya lebih selesa tak pakai deodoran sebab memang tiada bau ketiak langsung!
- penghasilan susu meningkat, tambahan waktu pam yang konsisten. Nak dapatkan waktu pengepaman yang berjadual memang susah kalau tak ada tenaga dan tak ada komitmen!
- Badan rasa lebih ringan dan bertenaga
- kulit lebih polos, gebu dan tak kering, saya gunakan Alfalfa, ESP dan Vitamin C untuk dibuat masker dan scrub.

Sekarang, baru saya tahu kenapa Shaklee tak jual deodoran!

Anda perlukan Alfalfa?
Jangan lupa hubungi saya ya!

Anda boleh angkat tangan lebih tinggi selepas ini tau!

Linda
0129401604

CONVERSATION

0 comments: