Gangguan bekalan air di WP dan Gombak

Gangguan bekalan air di WP dan Gombak.

--------------------'------

Dari 8pagi 2 September hingga 6 pagi 3 September.

-------------------------------

Sejumlah 36 kawasan di Wilayah Persekutuan dan 101 kawasan di Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara  mulai jam 8 pagi 2 September hingga jam 6 pagi keesokannya.


Gangguan bekalan air itu disebabkan oleh kerja-kerja menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di Rumah Pam Wangsa Maju oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), kata Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred.


Kawasan yang terbabit di Wilayah Kuala Lumpur ialah Flat DBKL Dato' Keramat; Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney; Kementah; PULAPOL; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Jalan U-Thant dan Jalan Ampang Hilir; Taman Panda Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan; Permaisuri; Sebahagian Taman Maluri; Taman Cheras Utama; Taman Pandan Perdana; Taman Kencana; Taman Pandan Indah; Taman Maju Jaya; Taman Cheras Indah; Taman Pandan Komersial; Kawasan Jalan Pandan Utama dan Kawasan Jalan Pandan Mewah.


Kawasan terbabit di Gombak pula ialah MINDEF; Desa Hussein Onn; Taman Setiawangsa; Taman Puncak Setiawangsa; Taman Bukit Setiawangsa; Keramat AU1 hingga AU5; Kampung Datuk Keramat; Taman Keramat (Jalan Enggang); Jalan Jelatek; Wangsa Melawati; Taman Permata; Desa Setapak; Taman Sri Rampai; Kampung Kemensah; Taman Dagang Permai; Setapak Jaya; Taman Bukit Mas; Taman Hillview; Taman Sri Ukay; Dataran Ukay; Ukay Heights; Taman Hijau; Taman Dato' Ahmad Razali; Taman Ampang Utama; Kampung Baru Ampang; Kampung Melayu Ampang; Taman Cahaya Indah; Taman Kelab Ukay; Bukit Mulia; Bukit Mewah; Pinggiran Ukay; Bukit Jubina; Villa Sri Ukay; Ukay Perdana; Ukay Bistari; Kampung Sungai Sering; Wangsa Ukay; Taman Zooview; Kampung Pasir Hulu Kelang; Taman Tun Abdul Razak; Taman Kosas; Taman Rasmi Jaya; Taman Uda Jaya; Taman Ampang Indah; Kampung Dato' Mufti; Taman Perwira Dua Ampang Jaya; Kemensah Heights; Kemensah Indah; Pesona Villa; Kampung Tasek Permai; Kampung Ampang Indah; Kampung Ampang Campuran; Kampung Tasek Tambahan; Taman Sri Raya; Bandar Baru Ampang; Ampang Avenue; Taman Pandan Ria (Mesra Ria, Villa); Ampang Mewah; Ampang Jaya; Baverly Heights; Bukit Antarabangsa; Bukit Utama; Bukit Jaya; Taman puncak Utama; Bukit Indah; Kuala Ampang; Taman Sering Ukay; Taman Andaman Ukay; Taman Bukit Kemensah; Taman Sri Bayu; Kampung Pinggir Tiga; Kampung Tengah Lembah Jaya; Taman Fairuza; Taman Ampang Prima; Taman Grandview Ampang Jaya; Wangsa Maju; Villa Wangsa Mas; Bukit Wangsa Mas; Megan Setapak; Taman Permai Jaya Ampang; Taman Tasek Tambahan; Ampang Waterfront; Bukit Ampang Permai; Desa Lembah Permai; Taman Dagang Jaya/Halaman Indah; Taman Sri Watan; Taman Sri Ampang; Taman Halaman; Taman Kesuma; Taman Ampang Saujana; Lembah Jaya Utara; Lembah Jaya Selatan; Kampung Muhibbah; Taman Bukit Ampang; Taman Sri Ampang; Danau Kota (Kawasan A); Wangsa  Delima; Jalan Usahawan; Taman Wangsa Jaya; Taman Andaman Wangsa Maju dan Rampai Niaga Business Park.


Dalam satu kenyataan hari ini,  Priscilla berkata, para pengguna dinasihatkan agar membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara ini.


Mereka, katanya, dinasihat menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.


"Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini dapat bersabar dan memahami kesulitan yang di alami," tambahnya.


Para pengguna juga disarankan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel

dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

CONVERSATION

0 comments: