Berapa banyak susu diperlukan oleh bayi baru lahir?

Berapa banyak sebenarnya susu yang seorang bayi perlukan ketika baru lahir?
sebotol?
Berbotol-botol?
Nak kena tidur sepanjang masa baru nak dikatakan kenyang dan minum susu yang cukup?

Susu ibu vs susu formula

Kenapa Ibu-Ibu campur susu formula dengan Susu Ibu?
Atau, kenapa ibu-ibu putus asa untuk menyusukan anak sepenuhnya?


Inilah antara jawapan yang sering kita dengar,
a. "akak dah bagi susu, tapi asyik menangis je, susu tak cukup la tu"
b. "susu akak sikit sangat, sian anak tak puas minum"
c. "susu tak cukup, anak kerap bangun nak menyusu je"
d. "susu keluar setitik dua je, mana nak cukup!"
e. "orang katil sebelah tu, memancut-mancut susu dia, sebab tu anak dia kenyang. anak akak nak minum sesudu pun takde"

Erk! Sebelum kita buat kesimpulan yang susu kita tak cukup, anak lapar, anak tak tidur, anak merengek dan macam-macam alasan lagi, JOM kita kaji dulu berapa besar perut bayi yang baru lahir dan berapa jumlah susu yang diperlukan oleh bayi tersebut.

Bayi menyusu mengikut keperluannya

Kita sering membandingkan hasil susu sendiri dengan orang lain. Mungkin ada di antara kita yang SANGAT bernasib baik sehingga susunya melimpah ruah sampai terlebih-lebih. Kita pula, nak pam pun susah apatah lagi nak buat stok.

Jangan risau...yang terlebih susu tu mungkin dah cara anak dia yang perlukan susu yang banyak. Mungkin anak kita perlukan jumlah yang sedikit sesuai dengan tubuh badan anak. Harus kita ingat yang susu ibu mudah dihadam kira-kira setiap 2jam manakala susu formula pula boleh tahan berjam-jam lamanya dan menyebabkan anak kenyang dan tak terjaga dari tidur.

Bagaimana nak banyakkan susu?

Sentiasa ingat konsep penyusuan, "Supply vs Demand".

Lebih banyak kita menyusukan bayi, lebih banyak susu yang dihasilkan kerana signal yang dihantar ke otak bagi menghasilkan susu yang lebih banyak bagi menampung keperluan bayi tersebbut.

Namun, ibu-ibu yang menyusu selalunya akan mengalami keletihan melampau. Mana tidaknya, rumahtangga pun perlu diuruskan tak termasuk anak-anak yang lain (jika ada) serta suami yang perlu dilayan. Bagi mengelakkan masalah ini, kami menyarankan agar ibu-ibu mendapatkan suplemen bagi menampung nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dalam melaksanakan tugasan harian.

Ibu yang sihat dan bertenaga dipercayai mampu mendapat susu yang lebih banyak dan lebih berkualiti disebabkan hormon yang lebih baik.

Apa suplemen yang sesuai untuk ibu hamil, berpantang atau menyusukan?
Baca di sini : Suplemen Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

******************************
Perlukan konsultasi?

Hubungi saya untuk penjelasan lebih lanjut:
Linda Ismail (866459)
012-9401604
sihatdengansaya@gmail.com
sihatdengansaya.blogspot.com
http://www.facebook.com/SihatDenganSaya

CONVERSATION

0 comments: