Owh, dilema tak boleh tidur malam! Seksanya sehingga menjejaskan waktu bekerja esoknya.
Dah puas mengiring ke kiri, alih ke kanan, pejam mata, celik mata, tengok cicak di siling...
Pun tak boleh lelapkan mata.
Tik Tok Tik Tok...
Tadi pukul 12 malam, sekarang dah 2 pagi.
Solat dulu lah. Buka Quran dan baca selai demi selai.
4 pagi.
Cubaan tidur tak menjadi lagi.
Haih! Apa nak buat ni?
Tiap-tiap malam macam ni.
INSOMNIA!!!
Berapa ramai antara kita menghadapai masalah begini? Sila angkat keyboard!
Terus terang, saya memang selalu sangat ada masalah ni.
TAPI, ITU DULU!
Sekarang, saya dah berjaya mengatasi masalah tidak boleh tidur malam dengan bantuan pakar dan juga melalui pemakanan.
Iya, jangan risau. Saya akan kongsi petua dan tips untuk memudahkan tidur malam.
PUNCA INSOMNIA
Terlalu banyak merokok dan pengambilan kafein adalah antara punca utama insomnia. Stress dan tekanan berlebihan turut menjadi sebab kenapa tidak boleh tidur malam. Sebagai contoh, tekanan menghadapi peperiksaan, temuduga, masalah kewangan dan sebagainya.RAWATAN INSOMNIA
- Rancang waktu tidur anda supaya menjadi rutin harian. Tetapkan pada waktu berapa anda harus tidur. Kaedah ini juga elok untuk mengajar anak-anak kecil untuk tidur malam. Secara tidak langsung, badan akan menerima signal untuk tidur apabila tiba waktu yang telah anda tetapkan.
- Elakkan pengambilan kafein dan nikotin sebelum tidur. Sebaiknya jarakkan pengambilan terakhir 2 jam sebelum tidur.
- Elakkan makan makanan yang berat 2 jam sebelum waktu tidur kerana selepas makan, badan akan menggunakan tenaga untuk memproses makanan di dalam perut dan menyukarkan kita untuk tidur.
- Cuba ambil segelas susu suam atau koko panas sebelum tidur. Tidur anda akan lebih lena dengan suhu air tersebut. Saya minum ESP dan ambil Ostematrix sebelum tidur. Pengambilan suplemen ini secara tidak langsung membantu saya mendapatkan tidur yang lebih lena dan bangun dengan lebih cergas keesokan harinya!
- Padamkan lampu bilik tidur. Matikan peralatan elektrik sekitar anda yang boleh memberi gangguan seperti televisyen, radio, ipad dan sebagainya. Pastikan suasana tempat tidur adalah selesa dan wangi supaya mendapat tidur yang berkualiti. Anda juga boleh memasang alunan zikir dan bacaan Al-Quran sebagai alternatif kepada lagu-lagu berentak perlahan kerana otak kita akan menyerap serba sedikit apa yang kita dengar sebelum tidur (subconsius mind activity).
*Insomnia sharpens your math skills because you spend all night calculating how much sleep you'll get if you're able to "fall asleep right now".
Berminat mendapatkan suplemen untuk yang sukar tidur malam?
HUBUNGI
SAYA SEKARANG, LINDA ISMAIL
sms |
whatsapp 0129401604
Email
: sihatdengansaya@gmail.com
DAFTAR
KEAHLIAN : KLIK DI SINI
ATAU Klik DI SINI untuk membuat pembelian.
0 comments:
Post a Comment