Gagap, Bolehkah Dirawat? (Bahagian 2)
Entri sebelumnya, Gagap Normal (boleh baca di sini).
Gagap Penyakit
Yang menjadi masalah ialah gagap sebagai penyakit atau gagap yang bersifat patologi. Gagap yang merujuk kepada penyakit bersifat kekal dan pemulihannya memerlukan rawatan pakar. Pertuturan seseorang yang gagap mempunyai ciri-ciri sekatan. Antara ciri penyakit gagap termasuklah:- Pengulangan
- Pemanjangan
- Selaan
- Jeda
Pengulangan ialah pengucapan patah perkataan yang diulang secara tidak sengaja dan tidak ada kena-mengena dengan sistem sesuatu bahasa. Pengulangan dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu pengulangan sebahagian kata, dua suku kata dan seluruh kata. Misalnya:
1. Sebahagian kata
Contoh ; pa pan
2.
Dua suku kata
Contoh ; me ma memasukkan
3.
Seluruh kata
Contoh ; tak tak tak


