RESIPI BISKUT FAMOUS AMOS

Ini antara resipi biskut choc chip ala famous amos yang sedap, saya buat biskut ni lebih 10 tahun dah.

Bahan-bahan (70-80 biji)
250g mentega
280g tepung gandum
10g serbuk koko
150g gula kastor
½ sudu kecil esen vanilla
½ sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung (30g krimer)
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
100g kekacang
100g coklat cip
Secubit garam

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla sehingga kembang
2. Masukkan telur dan pukul rata
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu / krimer, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi dan kacau rata
4. Masukkan coklat cip dan kekacang, kacau rata
5. Sudukan adunan atas dulang pembakar
6. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan

CONVERSATION

0 comments: