Kenapa Anda Perlu Berbangga Dengan PROTON?

 

Sebagai anak Malaysia (bukan Orang Malaysian tau), saya bangga dengan PROTON walaupun dah tak berada di tangga pertama.



Di PROTON jugak, puluhan ribu rakyat Malaysia bermula cari rezeki kat situ, jumpa jodoh kat situ, dapat anak dibiayai proton, anak belajar dapat biasiswa proton, anak keluar universiti dapat kerja di proton and the life cycle goes on.


Dan di PROTON juga, berpuluh ribu rakyat malaysia mampu beli kereta pertama mereka. Dan kebanyakan anak-anak mereka yang pernah naik kereta proton tu suatu masa dahulu, sekarang ni pun dah jadi golongan yang berjaya.


Ada yang berjaya masuk sekolah asrama penuh dengan ibu ayah yang bawa kereta proton.

Ada yang masuk universiti dihantar dengan kereta proton, sudahnya kereta proton tu jugak yang dibodek untuk pinjam nak guna di universiti.

Ada yang anak dah habis belajar dan mula kerja tapi tak ada simpanan lagi, kereta proton tu la yang banyak berjasa.


Inilah pandangan jauh dari Tun Dr M waktu mula-mula proton ditubuhkan...


#sayasayangproton

CONVERSATION

0 comments: