Khidmat Runner KL Memang Terbaiklah!

First time guna khidmat runner di kl gara-gara demam berjemaah dengan anak-anak. Pendek kata, servis memang top dan superb lah!


Nak dijadikan cerita, perut meragam dari malam tadi. Telan 3 biji Peppermint Ginger-Plus, habis angin jahat semua keluar. Memulas dan muntah monggek sampai tak ada apa nak keluar. Start pukul 4 pagi, Haqeem pulak start muntah monggek. Mujur anak yang lagi dua tu baru je habis demam semalam.

Kereta pulak Encik Suami bawak gi kerja, barang dapur memang satu apa pun tak ada nak masak. Sudahnya teringat kat Nasir Runner. Tengok status Whatsapp fully booked hari ni. Mintak nombor runner kl, dapatlah Abdullah Runner.

Yay! Tak payah jalan kaki gi kedai, tak payah keluar rumah. Roger je dia, bagitau nak beli apa, tup-tup dah sampai sup power Bulatan Kg Pandan kat depan rumah! Siap bagi job lagi satu, tolong pos atau direct hantar vitamin kat customer di Jalan P.Ramlee. Yelah, customer dah bayar, barang tak pos, serba salah la jugak. Nak call PosLaju pickup pun dah lambat. Tengkiu Abdullah Runner! Penyelamat keadaan di kala badan langsung tak mampu nak melangkah.

Nah belanja gambar, Abdullah Runner yang hantar. 


Now nak mengadap sup dan nasi putih jap. Harap-harap tekak tak manja sangat la. 

Korang yang perlukan runner nak beli barang, hantar barang, hantar dokumen, dan sebagainya; janganlah teragak-agak nak dapatkan servis runner daripada diorang ni ya. InsyaAllah cekap dan cepat!

Nasir Runner : 013-6109398 (Shah Alam dan sekitarnya, KL dll)
Abdullah Runner : 011-24332989 (KL, pasni Melaka Perlis dsb) 

*tengah tulis blog ni, customer kata vitamin dia dah sampai! Perghhhhh...

CONVERSATION

4 comments:

Ridzuan Ruhaimi said...

-Perkhidmatan runner dekat(kl@slangor) & jauh2(perak, pahang, negeri sembilan & melaka).
-Harga dijamin puas hati anda.
-Kenderaan motosikal.
-waktu malam & hari ahad sahaja.
-0127321765 (wan)

ayim saleh said...

Perkhidmatan beli barang harian di suprrmarket area KL..sila hubungi saya 013-2287597 (IM)

Azlinda.I Ismail said...

Untuk runner lain seluruh Malaysia, sila tinggalkan komen di bawah ni ya. Mudah-mudahan dapat bantu mempromosikan nama anda dan kawasan liputan.

InsyaAllah, kalau dah banyak nanti, saya akan buatkan entri khas senarai nama runner yang komen ni ya.

TQ

zuhairi safwan abdullah said...

[Perkhidmatan runner area KL sahaja]

-harga mengikut jarak penghantaran dan barang yg dibawa (harga boleh bincang)
-kenderaan motosikal sahaja
-waktu penghantaran: isnin-jumaat (malam sahaja)
: sabtu & ahad (free)

-no phone/wassap: 011-31714346 (zuhairi safwan)