Home
SUPLEMEN BAKAL HAJI & UMRAH
Showing posts with label SUPLEMEN BAKAL HAJI & UMRAH. Show all posts
Showing posts with label SUPLEMEN BAKAL HAJI & UMRAH. Show all posts
Punca Kaki Kebas dan Ngilu Serta Kaedah Pemulihannya
Bangun pagi pijak lantai, tumit rasa bisa sangat.
Tengah malam rasa nak menjerit sebab kaki tiba-tiba kejang!
Siapa pernah kena je tahu seksanya bila kaki tu mengeras kan?
Saya Sakit Kaki
Dah beberapa malam ni saya asyik rasa bisa-bisa pada tapak kaki dan lebih menyakitkan bila bangun pagi. Rasa ngilu pada tapak kaki dan tak terpijak rasanya lantai dalam rumah tu.Punca Kaki Kebas dan Ngilu
Bila jadi macam tu, saya akan audit diri saya.Saya akan cari punca kebas dan ngilu pada tapak kaki saya melalui beberapa soalan:
- Apa perubahan dalam diet harian dan aktiviti rutin saya
- Apa perubahan fisiologi yang sedang saya alami, period ke, tak cukup tidur ke
- Apa faktor sekeliling yang mempengaruhi saya, banyak berjalan ke, mandi malam ke
Lepas dah semak semua tu, baru saya perasan yang anak dara nombor 3 ni tengah batuk teruk.
Mungkin sebab seminggu asyik pulun public swimming pool merata, habis segala penyakit kami kutip.
(Baca di sini untuk ceritera kolam renang awam di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya)
Exclusive Breastfeeding - Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
Bila anak sakit, kebiasaannya dia banyak mengempeng dan tak nak makan apa-apa pun. Boleh kata 24 jam menyusu dan kemam. Azalea dah 11 bulan, saya mula beri dia makan umur 8 bulan, itupun sesudu je dan lepas tu dia reject solid. Maka saya teruskan EBF (Exclusive Breastfeeding - Penyusuan Susu Ibu sepenuhnya tanpa makanan pejal) sehinggalah dia berusia 10 bulan. Itupun sebenarnya dia makan main-main, makan bila dia nak je. Selebihnya memang saya susukan sepenuhnya dan air zam zam bila perlu.Kenapa Kaki Saya Sakit dan Kebas?
Normal bagi ibu mengandung atau yang menyusukan berhadapan dengan situasi begini akibat kekurangan kalsium tanpa tidur yang cukup. Bila Azalea merengek, selalunya saya akan lebih kerap bangun menyusukan dan kurang tidur. Kebiasaannya seawal jam 5 pagi saya memang dah bangun untuk siapkan keperluan suami dan anak-anak serta kemas rumah dan memasak.Maka bila saya kurang tidur, saya juga telah kehilangan sebilangan kalsium dalam badan dan mengakibatkan sakit pada sendi tulang dan tapak kaki.
Apa Perlu Saya Lakukan Untuk Hilangkan Kesakitan Ini?
Kebiasaannya saya akan ambil 2 biji OsteMatrix Shaklee setiap malam sebelum tidur walaupun jumlah dos yang disarankan adalah 4 biji sebenarnya. Namun, saya selalu mengambil produk tenusu seperti susu segar dan juga keju membuatkan saya telah mendapat kalsium yang secukupnya untuk nilai harian. Tambahan pula, kalsium yang diperlukan oleh tubuh kita hanyalah lebih kurang 1000mg sahaja untuk sehari dan pengambilan kalsium berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan kita.Pengambilan kalsium yang cukup adalah antara saranan pemakanan oleh kementerian kesihatan Malaysia (KKM), di mana kanak-kanak dan remaja 18 tahun ke bawah memerlukan 1300mg kalsium sehari, lelaki dan wanita dewasa (19-50 tahun) memerlukan 1000 mg sehari. Manakala, individu berumur lebih dari 50 tahun, institut perubatan menyarankan pengambilan kalsium yang lebih serta keperluan harian sekurang-kurangnya 1200 mg sehari. (Baca selanjutnya tentang kesan pengambilan kalsium berlebihan di sini)Apabila kita menyusukan bayi, sebahagian jumlah kalsium turut tersusut dengan cepat maka saya tingkatkan pengambilan Ostematrix sebanyak 4 biji pada malam tadi.
Kesan Sampingan Pengambilan Kalsium (OsteMatrix Shaklee)
Alhamdulillah!Saya bangun pada keesokan harinya tanpa ada rasa kebas dan berbisa pada tapak kaki!
Maka memang benarlah OsteMatrix ini sangat disarankan kepada wanita yang sedang mengandung dan menyusukan!
Bagaimanapun, kesakitan yang hilang itu telah mendatangkan beberapa kesan sampingan kepada saya, di antaranya:
- Tidur yang lebih lena pada malam hari
- Azalea tidak lagi kemam miss B sewaktu tidur
- Saya mengalami breast engorgement (bengkak susu) walaupun Azalea kerap menyusu yang boleh dikatakan setiap 1 jam sekali!
Alhamdulillah kerana susu saya diperbanyakkan oleh Allah bagi menampung keperluan harian Azalea. Dan yakinlah ibu-ibu menyusu sekalian, selagi anda amalkan konsep supply vs demand dan konsisten dengan pengambilan suplemen bagi memenuhi keperluan nutrien, susu anda akan sentiasa melimpah ruah dan mencukupi untuk si manja anda.
Apa Itu Ostematrix Shaklee?
OsteMatrix Shaklee secara umumnya adalah pil kalsium yang lengkap dengan Vitamin D (untuk bantu penyerapan kalsium dan fosforus) serta magnesium dan mineral zink. Suplemen ini sangat disarankan untuk tambahan kepada makanan kita setiap hari terutamanya wanita mengandung, menyusukan dan mereka yang bermasalah sendi dan tulang.Bacaan selanjutnya tentang OsteMatrix Shaklee di sini
Anda perlukan OsteMatrix Shaklee?
Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Ostematrix ni tak?
Klik DI SINI untuk membuat pembelian.
ATAU
HUBUNGI
SAYA SEKARANG, LINDA ISMAIL
sms |
whatsapp 0129401604
Email
: sihatdengansaya@gmail.com
DAFTAR
KEAHLIAN : KLIK DI SINI
SAKIT GOUT DAN CARA MENCEGAHNYA
Klik di dini untuk membuat pesanan SET GOUT
Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.
Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.
Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.
Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.
Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
Daging merah.
Cendawan.
Yis (roti putih, roti manis).
Pengambilan beberapa supplemen berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.
1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
3. Joint Health Tablet - memberi keselesaan kepada sendi
4. OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.
Klik di sini untuk membuat pesanan SET GOUT
012 940 1604
sihatdengansaya@gmail.com
APA ITU SAKIT GOUT?
Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.
Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.
Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.
PUNCA SAKIT GOUT
Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.
TANDA-TANDA SAKIT GOUT
Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.
Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.
APAKAH MAKANAN PENCETUS GOUT?
Antara makanan yang patut di elakkan ialah:-Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
Daging merah.
Cendawan.
Yis (roti putih, roti manis).
Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?
Pengambilan beberapa supplemen berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.
1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
3. Joint Health Tablet - memberi keselesaan kepada sendi
4. OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.
Klik di sini untuk membuat pesanan SET GOUT
Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Konsultasi percuma dengan setiap pembelian daripada saya.
Linda (SID 866459)012 940 1604
sihatdengansaya@gmail.com
Suplemen Untuk Bakal Jemaah Haji dan Umrah
Dalam menunaikan rukun Islam yang kelima ini, kita sentiasa mendoakan agar kita diberkati dan diberikan kesihatan agar dapat beroleh haji yang mabrur.
Tak siapa yang mahu mengerjakan haji dalam keadaan sakit dan uzur sehingga terpaksa meminta bantuan ahli keluarga dalam menunaikan ibadah tersebut.
Sebagai persiapan awal (klik di sini untuk lebih lanjut tentang persiapan jemaah haji), pastikan jemaah haji berada dalam keadaan sihat dan bertenaga sebelum bertolak ke sana. Kerana itu juga, saya menyarankan pengambilan suplemen seperti di bawah bagi mengekalkan kesihatan tulang dan sendi. Maklumlah, nak mengerjakan ibadah ni banyak memerlukan pergerakan kaki dan tulang-tulang kita. Melalui pengalaman mama yang pergi ke sana tahun 2010 dulu, Alhamdulillah dia diberikan kesihatan untuk berulang-alik ke Masjidil Haram dan tempat penginapan yang jaraknya 1km dalam keadaan lututnya yang sakit.
Namun mama memang disiplin dengan pengambilan suplemen meskipun sebelum bertolak ke sana. Apa-apapun, semua itu dengan kuasa Allah jua. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal sahaja.
Sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan masalah kesihatan jemaah haji, cubalah set vitamin dan suplemen untuk bakal haji dan umrah ini. Anggaran pengambilan boleh bertahan sehingga 2 bulan sekiranya mematuhi aturan yang dicadangkan.
Post by Jom Lebih Sihat.
Linda Ismail (SID 866459)
♥ email : sihatdengansaya@gmail.com
♥ Tel | SMS | Whatsapp | Viber : 012-940 1604
♥ http://www.facebook.com/SihatDenganSaya
♥ http://sihatdengansaya.blogspot.com/
Persiapan Jemaah Sebelum ke Tanah Suci
Pendahuluan
Mengerjakan haji merupakan rukun Islam ke lima bagi umat Islam. Justeru itu adalah sangat penting bagi semua bakal jemaah haji untuk membuat persiapan diri dari semua aspek termasuk penjagaan kesihatan.Maklumat yang disediakan hanyalah sebagai panduan bagi jemaah untuk membuat persediaan serta langkah-langkah persediaan dalam mengekalkan tahap kesihatan supaya dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna.
Semoga panduan penjagaan kesihatan ini dapat membantu bakal jemaah/jemaah haji dalam menjaga kesihatan mereka sebelum, semasa dalam mengerjakan ibadat haji dan selepas pulang ke tanah air. Panduan yang disediakan ini, hanyalah dari aspek kesihatan sahaja. Bakal haji/jemaah haji dinasihatkan mendapatkan maklumat terperinci dari pihak Lembaga Tabung Haji dan Petugas Perubatan dari masa ke semasa.
Persiapan sebelum ke Tanah Suci
Semua jemaah haji termasuk kanak-kanak yang dibawa untuk mengerjakan haji diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mempunyai surat akuan doktor bagi memperolehi visa haji. Ini merupakan syarat/peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi semua jemaah yang ingin menunaikan fardu haji. Sebelum ke tanah suci semua bakal jemaah perlu mengambil tindakan berikut:Sebelum belepas ke tanah suci, bakal haji perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan atau hospital. Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui status kesihatan diri jemaah seperti:
Semua bakal haji mesti mendapatkan suntikan anti meningitis iaitu meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 yang boleh diambil di klinik atau hospital. Pihak Berkuasa Arab Saudi telah mewajibkan semua bakal haji mendapatkan suntikan ini sebelum mengerjakan haji. Suntikan ini akan diperakukan oleh doktor dan direkod dalam Buku Rekod Rawatan.
Bakal haji digalakkan juga mengambil suntikan pilihan seperti:
Walaubagaimanapun bakal haji diminta mendapatkan nasihat dari Pakar/Pegawai Perubatan terlebih dahulu mengenai imunisasi yang ingin diambil.
Selepas membuat pemeriksaan kesihatan semua maklumat kesihatan akan di catat didalam buku rekod rawatan kesihatan . Buku ini mempunyai makumat kesihatan serta senarai ubat-ubatan yang perlu diambil mengikut dos atau sukatan yang telah ditentukan. Buku ini hendaklah sentiasa dibawa bersama jemaah haji semasa mendapatkan rawatan perubatan di Tanah Suci.
-
Membuat Pemerikasan Kesihatan
-
- mengesan penyakit lebih awal supaya rawatan dapat diberikan bagi mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk semasa di tanah suci
- memberikan rawatan dan ubat sekiranya bakal jemaah haji menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta lain-lain masalah kesihatan
- mengesan penyakit berjangkit yang boleh menjangkiti orang lain
- kehamilan bagi wanita
- masalah ganguan mental, nyanyuk (dimensia) dan sebagainya
- mengesan penyakit bahaya
- mengesan status kesihatan yang tidak mengizinkan
-
Pemeriksaan kesihatan yang perlu ialah:
- Pemeriksaan mental dan fizikal
- Ujian makmal : Paras hemoglobin, kumpulan darah (A,B,O dan RH Factor dan lain-lain ujian ( jika perlu)
- ECG, X-ray, ujian stress mengikut umur dan keadaan fizikal (jika perlu)
-
Pemeriksaan lain yang digalakkan (tidak termasuk dalam pakej pemeriksaan kesihatan)seperti :
- Mata - mengetahui tahap penglihatan
- Telinga - mengetahui tahap pendengaran
- Gigi - masalah pergigian. Semasa di Tanah Suci pasukan perubatan tidak menyediakan rawatan pergigian
-
- Mendapatkan suntikan (imunisasi)
- Suntikan vaksin Anti Meningitis
- Suntikan pilihan
- Influenza
- Pneumococcal 23-valent
- Hepatitis (A, B, C)
- Lain-lain vaksin
- Mempunyai Buku Rekod Rawatan kesihatan
Pemeriksaan kesihatan bagi bakal jemaah warga mas 60 tahun ke atas.(warga emas)
Bakal haji warga emas perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan lebih
awal iaitu 6 - 10 bulan sebelum belepas ke Tanah Suci bagi mengetahuii:- status kesihatan seperti kesihatan fizikal, mental dan pemakanan
- keperluan khas seperti peralatan perubatan dan ubat-ubatan
- kumpulan merisiko tinggi agar rawatan awal dapat diberikan
Bakal haji warga mas yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti
asma, diabetes, hipertensi, sakit jantung, sakit buah pinggang dan
endokrine sangat digalakkan mengambil suntikan influenza.
Penangguhan pemergian ke Tanah Suci Bakal haji yang menghadapi
masalah kesihatan yang seriusdinasihatkan menangguhkan pemergian ke
Tanah Suci jika mengalami masalah seperti:
- Gangguan mental (gila/tidak siuman)
- Dimensia (nyanyuk)
- Diabetes yang tidak terkawal dan mempunyai komplikasi
- Hipetensi yang tidak terkawal dan dalam keadaan bahaya
- Sakit jantung di peringkat bahaya
- Wanita hamil
- Penyakit kanser di peringkat teruk/bahaya
- Sedang menghidapi penyakit berjangkit
sumber: http://bit.ly/18LGIS5
Semakan Akhir | : | 13 November 2009 |
Penulis | : | Arizah Zainuddin |
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Daftar Ahli
Paling Digemari
-
*Untuk pelanggan-pelanggan yang tak henti mesej dan whatsapp saya dengan menghantar pelbagai screen shot status ini, sila baca sampai ha...
-
Semenjak jadi Work-At-Home-Mom atau WAHM, mood masak-memasak terlebih pula.. Rendang Dendeng ini memang biasa saya masak dan biasa tolong ...
-
RESIPI APAM NASI MUDAH Bahan-Bahan 2 cawan nasi (suhu biasa) 3 cawan air suam 1 1/2 cawan gula (kisar bahan-bahan di atas) 2 c...
-
Disclaimer : Breast Pump Review is written based on my personal experience during this wonderful breastfeeding journey i had with my ...
-
Hati sebagai organ penting tubuh manusia Hati memainkan peranan penting dan berkait rapat dengan fungsi organ-organ lain dalam tubuh ...
Carian
Sponsor
Designed by salwasaleh.com. Powered by Blogger.
Produk Shaklee
- ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
- ALAHAN
- ALFALFA
- ANTI-AGING
- B-COMPLEX
- BASIC H
- CAROTOMAX
- CINCH
- COLLAGEN POWDER
- COQ HEALTH
- CYST
- DARAH TINGGI
- DETOX
- DIABETES
- DTX COMPLEX
- ENFUSELLE
- ESP
- GARLIC
- GLA COMPLEX
- HERBAL BLEND
- HERBLAX
- LECITHIN
- MEALSHAKE
- MENU BERBUKA PUASA
- NUTRIFERON
- NUTRIWHITE
- OMEGA GUARD
- OSTEMATRIX
- PENAPIS AIR
- PHYTOCOL-ST
- VIT-C CHEWABLE
- VIT-C SUSTAINED RELEASE
- VITA-E
- VITA-LEA
- VIVIX
- ZINC