Tips Pilih Baju Sekolah Murah dan Berkualiti

Canggih kalau pergi direct kat store dia (yang Linda pergi kat Saujana Utama, Sg Buloh, ada less 20-25%)

Kalau setanding canggih, brand Black Cat, harga dalam RM12-RM18 (baju), RM16-28 (seluar). Boleh google lokasi PasarayaKu. 

Atau kalau orang Ipoh, kedai Black Cat ni merata jugak sbb kilang kat Taiping. Boleh beli online jugak. Tips, kain kosheibo Black Cat kecil satu saiz dari kain cotton, misalnya anak pakai saiz 16 kain cotton, silalah beli saiz 17 untuk kain kosheibo.



Pasaraya Hari2, brand No Problem atau Joni & Jeni range harga RM30 sepasang (baju & seluar). Kualiti pun ok, ramai yang bagi review bagus. Linda tak pernah guna tapi rata-rata kawan cadangkan jenama ni.

Sebelah Pasaraya Hari2 Taman Permata (nama kedai : Rasa Sayang), buy 2 free 1 (boleh campur baju dan seluar). Baju jenis kain kosheibo utk saiz 16 RM16.90 sehelai, seluar agak nipis, not recommended. 



Tesco, jenama Signature ada 2 jenis, premium atau biasa. Premium harga lebih kurang Canggih. Yang biasa, kualiti so-so, seluar sekolah nipis. Muhammad pakai sekali je, terjatuh terus koyak kat lutut.

Kat Mydin, jenama Disiplin. Agak murah tapi untuk baju sekolah tak berapa elok, kain kasar sangat. Seluar sekolah tebal dan murah. 

AEON Big dan Giant ada jenama School. Harga baju di antara RM18-RM30. Cuma ada beza kualiti, walaupun jenama sama. Jadi bila memilih, pastikan belek dulu baju yang dah dibeli tu. Jangan pakai ambil je yang dalam plastik tu ya.

Jenama lain yang well established dari dulu macam Professor, Falcon, Canggih dan lain-lain memang terkenal sebab kualitinya, tapi of course harga tak berapa mampu milik oleh semua golongan. 

Apa-apa pun, selamat membeli dan selamat buat pilihan yang bijak tau!

Muhammad naik Tahun 2 nanti, beli 2 pasang je tambahan sebab badan dia naik mendadak. Kasut pun beli lagi sepasang, dah sempit.

Nanti Linda share apa patut beli untuk anak nak masuk sekolah pula ya.

CONVERSATION

5 comments:

Noor said...

Salam sis nak tnya promo 20-25% tu utk semua pakaian ker. Sbb baru call tnya tp dorg ckp 10% jer. Ker sis ada membercard

Azlinda.I Ismail said...

Ada range product yang dapat less 20-25%, tapi 10% tu applicable sepanjang tahun kalau tak silap. Saya tak ada member card, walk in je hari tu

Noor said...

Ok thx sis. Sgt membantu info sis ni

Azlinda.I Ismail said...

Sama-sama, semoga bermanfaat buat semua

Jueliza Jamani said...

samalah kita pun beli baju sekolah yg mur mur tapi kualiti terbaik..