Jom Buat Telur Masin sendiri!

Mula-mula mama yang rajin buat telur masin ni. Lama-lama dah jadi macam rutin pulak, sebab macam lebih bersih dan tak rasa ragu-ragu langsung nak makan.


Cara nak buat memang senang sangat!

Sepapan telur itik - dibasuh dan dikeringkan
3 liter air - didihkan
1 kg garam kasar - masukkan selepas air mendidih, kacau dan tutup.
Biarkan air garam tu betul-betul sejuk.

Masukkan telur dalam balang, tuang air garam yang dah sejuk tadi.
Letakkan pemberat supaya telur tenggelam, saya gunakan plastik berisi air je.


Peram di luar selama 2 minggu.
Kalau tak cukup masin, peram lagi beberapa hari.
Kalau nak betul-betul masin, buatla sebulan.

Lepas peram, ambil telur dan rebus.
Sedia dimakan!

CONVERSATION

1 comments:

Home Inspection Los Angeles said...

I enjoyed this post thanks for sharing