Kaedah ini saya dapat daripada sepupu saya yang mengajar di
sebuah taska di Ampang. Pada mulanya saya pun tak perasan yang anak saya ada
masalah pertuturan. Saya ingatkan itu masalah biasa di kalangan kanak-kanak
sekitar umur 2 hingga 3 tahun yang baru belajar membina ayat.
Sehinggalah suatu hari sepupu saya datang ke rumah dan
menegur saya tentang pertuturan Muhammad yang agak gagap bila berkata-kata.
Antara perkataan yang sukar disebut oleh Muhammad ialah ‘ayah’, ‘makan’, ‘sakit’
dan beberapa perkataan lain.
APA ITU GAGAP?
Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan
(biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa
kawalan. Sebagai contoh, gagap pada perkataan "meja" akan menjadi
samaada "m-m-m-m-...m-meja" or "me-me-me-me-...-me-meja".
Ini biasanya berlaku dengan fenom bermula dengan /p/, /b/ atau konsonent plosive
yang lain. Gagap merupakan proses luar sedar yang membantutkan komunikasi
biasa. Walaupun terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar , dan dapat
membantu sesetengah orang, mereka yang gagap tidak dapat menghentikan proses
tersebut, dan kerisauan atau kegelisahan meningkatkan lagi masaalah tersebut.
Dalam bahasa Inggeris British iatilah stammering digunakan bagi
merujuk kepada tersekat dan terhenti-henti pada sesuatu perkataan atau syllables
sementara istilah stuttering digunakan bagi merujuk kepada pertuturan
berulang seperti digambarkan di atas.
(sumber: Wikipedia)
APAKAH PUNCA GAGAP?
Biasanya, gagap bermula awal sedikit sebelum remaja, dan
kadang kala ia hilang selepas baligh. Bagaimanapun, jika ia berterusan sehingga
usia matang, ia biasanya kekal selama-lamanya. Ia tiga kali lebih cenderung kepada kanak-kanak lelaki
berbanding kanak-kanak perempuan untuk menghadapi masaalah ini. Gagap boleh
dirawat melalui terapi pertuturan, tetapi
keputusannya berbeza-beza. Biasanya, masalah boleh berkurangan, tetapi tidak
terdapat cara objektif untuk mengukur keputusannya
KAEDAH PENGUBATAN MASALAH GAGAP
Secara amnya saya tidak pasti tentang kaedah perubatan dari
segi teknikal untuk mengubati gagap. Namun apa yang dapat saya kongsikan di
sini ialah dengan menggunakan trampoline. Sepupu saya biarkan anak-anak asuhan
yang ada masalah gagap menggunakan trampoline untuk melompat kerana ia membantu
menghilangkan masalah gagap.
Bagaimanapun persekitaran rumah yang terhad tak mengizinkan
saya untuk membeli trampoline. Pilihan saya; biarkan anak melompat atas katil!
Itu yang termampu saya buat tetapi Alhamdulillah kesannya sangat positif buat
anak saya. Selama lebih kurang 1 bulan saya biarkan Muhammad melompat setiap
kali selepas mandi, sambil menunggu saya pakaikan baju Haqeem. ‘Terapi’
melompat ini walaupun nampak remeh, namun ianya telah mengubah Muhammad untuk
bertutur dengan lancar.
Terima kasih buat sepupu saya, Ayu yang banyak memberikan
tunjuk ajar!
Syukur juga kepada Allah kerana mengkurniakan anak-anak yang
sihat kepada saya. Alhamdulillah.
*Mahukan anak anda bebas dari selsema?
Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah:
Linda Ismail (SID: 866459)TEL | SMS | WHATSAPP : 012-940 1604
Email : sihatdengansaya@gmail.com
Facebook : http://www.facebook.com/SihatDenganSaya
6 comments:
Terima Kasih kerana sharing masalah gagap ni dan teknik untuk mengatasinya. Anak saya yang pertama mengalami gagap bila berumur masuk 4thn. Sebelum ini anak bercakap seperti biasa dan tidak mempunyai masalah gagap. Apapun, saya akan cuba kaedah melompat ni.
TQ yuk stan for dropping by,
ada penambahan tentang artikel ini yang saya akan kongsikan lagi. untuk kanak-kanak yang dah agak besar sikit, berkemungkinan dia perlukan lebih banyak attention daripada parents dsb.
stay tuned ya
Tq for the info.. Anak sy umur 3 tahun... Sy baru perasan yg dia sebut ayat mula2 tu berulang kali...risau gak sy... Nt sy nk. Cube buat lompatan tu.. Harap membantulah.. Tq ye
60% genetik gagap dr parents, ni fakta. Anak sulong sy berumur 2 tahun setengah. Sejak sebulan ni dia mula gagap mcm sy. Adakah dengan kaedah lompatan ni dpt membantu mengatasi masalah gagap anak sy? Apa2 pn Allah Maha Penyembuh... InsyaAllah...
Salam sis. Saya baru terbaca tentang ini dan rasa nak bertanya. Semasa terapi melompat pada anak, adakah hanya biarkan dia melompat kegembiraan atau melompat sambil membaca atau menyebut sesuatu?
Asslalam nk tya kalo ank dh berusia 14 thn masih gagap mcm mana ye .. puas saya cari punca..asalnya anak seorang yang cepat bertutut bermula umur setahun sudah bole bercakap sethn setebgah sudah bole membuat ayat . Tapi bila dia masuk tadika dia mula gagap , mulanya saya baca igtkan proses transisi tp berterusan hingga sekarang ..mcm mana ye
Post a Comment