Milk Blister dan Lecithin

Sebulan saya menderita kesakitan dengan masalah Milk Blister.

Apa itu Milk Blister? (turut dikenali sebagai Nipple Bleb)
Secara ringkasnya, ia adalah baki susu yang tertinggal dan diselaputi epidermis.
Sakit, memang sakit seperti kena toreh dengan pisau!
Untuk pembacaan lanjut, boleh rujuk di sini.

Daripada link di atas juga, saya terbaca tentang penggunaan Lecithin untuk merawat Milk Blister.

Dengan penuh rasa ingin tahu, saya pun terus mencuba untuk merawat Milk Blister.

1. Penggunaan secara oral : saya teruskan makan Lecithin sebiji sehari.
2. Penggunaan secara luaran : saya pecahkan sebiji Lecithin dan sapu pada permukaan Milk Blister tersebut.

Hasilnya...Alhamdulillah menakjubkan!

Milk Blister tersebut telah mengecut dan kering.
Dah tiada lagi rasa ngilu semasa direct feeding dan pumping.

Kawan-kawan yang ada masalah Milk Blister, boleh cuba kaedah di atas ya!

Nota :
Suplemen yang saya ambil untuk masalah di atas:
1. Lecithin (permukaan dan secara oral)
2. Vita C (untuk mempertingkatkan sistem imunisasi)



CONVERSATION

0 comments: