Tukang Urut Best!

Aku berjaya memanjakan diri setelah hampir setengah tahun tak dapat buat appointment dengan Kak Nor.


Kak Nor tinggal di kem askar Bandar Kinrara. Aku dapat tahu pasal Kak Nor pun melalui ofismate lama. Mula-mula ingat Kak Nor ni sama macam tukang urut yang lain; urut sakit! Bring me to surprise, Kak Nor ni lain dari yang lain!!!

Kak Nor urut perlahan tapi jari jemari dia tak berhenti menggosok. Upah Kak Nor per sesi tak lah mahal sangat. Sebab Kak Nor urut tak kira masa, dia urut sampai dia tengok urat tak bersimpul, dia urut sampai tak terasa bisanya. Tapi aku tak sampai hati la bagi macam yang Kak Nor caj. Ada lebih-lebih tu buat hadiah untuk anak-anak dia.

Pertama kali Mama kena urut dengan Kak Nor, Mama pun dah tak nak cari tukang urut lain. Waktu Mama sakit hari tu, Kak Nor sanggup luangkan masa sampai pukul 1 pagi untuk urut Mama. Terima kasih ye Kak Nor...

Tapi...
Kak Nor pesan, mulai 23 Jun dia nak bercuti sebulan sebab suami dia balik dari Congo. Lepas tu, hujung tahun ni InsyaAllah dia pindah ke Rawang, bergantung kepada urusan jual beli rumah.

Sekarang aku buntut, ehhh buntu laa...
Mana nak cari tukang urut lain pulak?
Boleh ke dapat macam Kak Nor?
Alaaaa... Misi pencarian kena bermula la ni!

CONVERSATION

2 comments:

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

urutan memang best

Azlinda.I Ismail said...

haha faiz, ko yang kena urutkan si ainul tu haa..sian dia