Throwback Contest Supermom Cover Girl

Tahun lepas pada tarikh ini dok photoshoot and videoshoot untuk contest SupermomCoverGirl.

Yelah, nak join Clever Girl, tak berapa nak clever. Memandangkan kelebihan kita kat nutrition knowledge dan healthy lifestyle, maka masuklah contest yang seangkatan dengannnya, ye tak?


Kena pulak Linda antara peserta paling senior dalam 16 orang tu. Haishhh malu weh! Nak pakai bulu mata palsu tu pun rasa takleh angkat kelopak mata dibuatnya. Mujur ada geng senior, which is bff Linda sendiri, Nira. 


Alhamdulillah masuk gak semi final tu. Kena berpidato pulak! Fuh berpeluh rasanya nak ulang sesuatu yang dah lebih 20 tahun ditinggalkan. Tajuk Linda dapat waktu tu, Kesihatan Anak Bermula Dari Rumah.


Selesai pidato, kena pulak raih LIKE dan SHARE kat facebook. Ni yang den lomah ni. Linda kurang gunakan facebook semenjak dua menjak dah jadi sedikit veteran, sebab Linda lebih suka menulis. Agaknya, menulis ni dapat jadi satu terapi untuk mencari kedamaian di hati. Chewah ayat!


Keputusan akhir pertandingan, Linda dapatla nombor 4 walaupun dapat markah penuh juri profesional, kantoi kat jumlah LIKE dan SHARE. KakPiz pulak dapat nombor 3, kiranya kami yang otai-otai ni masih berbisa la jugak kan? Heheh.


Eh! Sapa kata contest cikai? Haa, cer korang cari kat dalam Malaysia ni berapa kerat je contest yang boleh libatkan anak dan keluarga? Boleh kira tau! Itulah kelebihan berada dalam group Supermom ni. Banyak sangat aktiviti dan penglibatan seluruh keluarga, takde la nak kata kalau bisnes kena tinggal anak dan keluarga terkontang kanting.


Dah kata nak bisnes sebab nak bantu keluarga, angkut je la keluarga korang tu bila cari duit. InsyaAllah lebih berbaloi dan lebih enjoyable.


Sebelah Linda tu KakPiz, orang kuat Jabatan Perikanan. Tanya dia pasal ikan dan nutrisi, silap-silap, keperluan nutrisi utk ikan pun dia sangat terer tau!


Kalau korang nak follow fb dia, boleh search dengan kata kunci #notaKP


Erm, ada yang dah mula terliur nak join group Supermom ni ke? Ececececcece, kabor je ler. Nanti kita add ye!

CONVERSATION

0 comments: