CARA LATIH ANAK SOLAT DAN PUASA LENGKAP

MAAF NAK, MAMA TAK KREATIF...


Linda bukan tangan seni.

Nak melukis apatah lagi.



Tapi demi anak, nak motivasikan anak supaya konsisten puasa dan solat, Linda terpaksa menconteng camni walaupun tak cantik mana. Yang penting, si Muhammad teruja sangat-sangat bila tengok stiker tu makin lama makin penuh.


Alhamdulillah.

Tahun ni untuk pertama kalinya Muhammad berpuasa, dan penuh pulak tu! Tahun lepas Linda tak paksa langsung, sekerat hari pun tak. .

Tahun ni memang totally first time dia puasa. Hari ni masuk hari kedua dia berbuka dengan kawan-kawan kat sekolah.


Nama je cuti sekolah, tapi dari petang sampai ke malam dia ada latihan tarian untuk pertandingan peringkat antarabangsa bulan Julai nanti. Kiranya memang berkampung kat sekolah je la sepanjang cuti sekolah ni. Eh, kami masih mencari penaja untuk pertandingan ni, sesiapa berminat nak paparkan nama atau nama syarikat di banner, boleh cepat-cepat inform ya. Free marketing untuk bisnes korang.


Muhammad cergas sepanjang 4 hari berpuasa, hari pertama je sibuk tanya bila nak berbuka waktu setengah jam lagi nak azan Maghrib. Selama 4 hari ni la Muhammad bersahur dengan Set Ramadhan Shaklee, dia kata tak lapar dan tak penat langsung! Alhamdulillah. Happy dengarnya.


Yang rasa nak bagi anak cergas sepanjang Ramadhan ni, atau korang sendiri rasa melepek kaw-kaw bulan pose ni, mehla cuba Set Ramadhan. Linda pun suka semenjak amalkannya 3 tahun lepas.


Bagi Linda, tak nak paksa sangat bab puasa selagi solatnya tak sempurna. Tapi kalau dia rasa dah mampu, sihat tubuh badan dan tak memudaratkan, apa salahnya kan? So nak bagi dia bersemangat, kita buatlah jadual puasa dan solat ni, dan berikan sahur yang boleh buatkan dia lebih cergas dan bertenaga sepanjang hari.


Nak tau apa benda Set Ramadhan ni kena la sembang dengan Linda tau!


Jom kita!

CONVERSATION

0 comments: