MANA NAK BELI BUKU TEKS SEKOLAH KEBANGSAAN?

Waktu tinggal sekali dengan mama, bila ada Jualan Gudang DBP je mesti kitorang antara yang terawal pergi cuci mata dan seterusnya cuci dompet. Maklumlah, dekat sangat-sangat. Kalau tertinggal bas sekolah, dulu jalan kaki je dari rumah nak ke sekolah. Sekarang je Linda rasa macam jauhnya nak jalan kaki ke sekolah tu!


Ha, ni nak share, sebenarnya kalau yang tinggal berdekatan Hulu Kelang, boleh je nak cari buku keluaran DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) di kedai bukunya. Alamat Kompleks DBP seperti yang berikut: 
Bahagian Pengedaran dan Pemasaran,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kompleks Dewan Bahasa dan Pustaka,
Lot 1037, Jalan AU3/1, 54200 Ampang/Hulu Kelang,
Selangor Darul Ehsan.

Seronok kalau pergi waktu jualan gudang kat sana. Buku dan majalah serendah RM0.50 memang banyak dan sesuai untuk bacaan kanak-kanak kecil. Dari sekolah rendah, sekolah menengah sampailah masuk universiti (termasuk kakak Linda yang sambung Master waktu tu), semuanya dok beli kat sana. 

Pic kredit : utusan.com.my

Linda pun masih simpan lagi buku lecturer kat FKKKSA dulu, Dr Zaini Ujang (sekarang dah Datuk Seri Ir rasanya) yang bertajuk Bahan Api dan Teknologi Pembakaran. Walaupun dah bertahun tinggalkan zaman universiti ni, kadang-kadang selak juga buku-buku yang dah banyak memori tu. Buku-buku Engineering, Glosari Kejuruteraan, pun banyak dijual di kedai DBP, dan memudahkan Linda mencari keperluan kuliah suatu masa dulu.

Sekarang bila Muhammad dah mula bersekolah, Linda pun ligat survey buku-buku. Tambahan minat membaca dia tengah membuak-buak, kita layankan aje. Hobi dia pun sekarang ni asyik menulis jurnal diri dia di sekolah. Hmm...ada ciri-ciri nak jadi blogger macam mama juga dah ni. 

Minggu ni, sebenarnya Muhammad hilang buku teks dan aktiviti subjek Pendidikan Islam. Linda dah panik juga bila ibu-ibu dalam group Whatsapp bagitau ada homework nak disiapkan. Bila minta Muhammad cari di sekolah, pun tak jumpa. Maka Linda decide, nak beli baru dan gantikan je.

Inilah hasil survey Linda.
• beli terus di kedai buku berhampiran (tiada stok sebab sukatan pelajaran tahun 2017 berbeza)
• beli di kedai buku DBP, Hulu Kelang (panasnya cuaca kat luar, Linda memang malas nak keluar la jawabnya. Performance Drink kena minum banyak supaya tak terhidrat nanti)
• klik-klik, beli online, tunggu je adik posto tu sampai. Nah link untuk buku Tahun 1 ya. http://bit.ly/2lv7eeD


So hari ni semak semula beg Muhammad, dah minta dia bawa balik semua buku teks dan aktiviti, sebab serik asyik tertinggal homework dalam loker. Tiba-tiba...eh, ada pulak buku Pendidikan Islam ni.

Punyalah soal siasat Muhammad, rupanya dia pun tak perasan buku tu bertapa dalam fail Bahasa Melayu. Oh anak...nyaris nak dibeli buku baru dah tadi.

Jomlah menghadap homework bertimbun lepas ni ye. Sebelum tu pastikan Muhammad lebih bertenaga dan fokus nak belajar. Kenalah bagi Set Kesihatan Kanak-Kanak dulu tau.
Baca di sini : http://bit.ly/2luWtsw

Terlayan pulak kedai buku online bilamana ternampak tulisan "Promosi".
Nak suggest je, bagus beli ni. Buat rujukan untuk mak ayah. Haha!


CONVERSATION

1 comments:

Anonymous said...

Tq sis infonya. Anak baru je hilangkan buku teks sains. Pening dah mak. Tanya2 xde plak org yg mgaku terambil. Manalah si mubaraq ni letak.

Tq sgt2 infonya.