Resipi Nasi Lemak Sedap dan Pantas

Resipi ni saya dapat dari kawan sebenarnya. Kebetulan dia nak masak dan santan tak ada, terus sel-sel otak berhubung demi siapkan juadah anak-anak.


Mula-mula saya buat macam kurang umph. Suami kata kurang lemak macam nasi lemak biasa.

Bermulalah episod 'try and error' sebanyak 3 kali. Resipi yang saya tuliskan ni adalah yang paling ok buat masa ni. Kalau anda nak adjust pun boleh.

pic credit to google

Nasi Lemak Tanpa Santan

Bahan-bahannya
3 pot beras (basuh bersih)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris besar)
1 batang serai, diketuk
1 sudu kecil halba (basuh bersih)
2 1/2 pot air
Garam secukup rasa
5 sudu besar minyak kelapa (atau VCO)
*minyak kelapa boleh diletak lebih sekiranya suka, minyak kelapa tiada kolestrol

Cara-caranya
Tanakkan semua di atas, kacau sekali sekala. Bila beras hampir kembang, masukkan minyak kelapa. Kacau sekejap-sekejap.

Kalau nak tanakkan semua sekali pun boleh, kacaukan supaya minyak tak berkumpul di bahagian atas sahaja.

Dah pun siap!
Nanti saya kongsikan resipi sambal tumis yang sedap pula ya!

CONVERSATION

0 comments: