Ramai yang berpendapat, jadi surirumah atau ibu yang bekerja dari rumah tak payah mengepam susu dah sebab anak sentiasa bersama. Apa pendapat anda?
Ini petikan dari suatu komen dalam group fb,
"Anak-anak saya semua dah tak nak menyusu badan, susu takde, pam pun keluar sikit je. Nasib baik beli pam murah je. Lagipun saya housewife, nak buat apa pam susu! Duduk rumah lagi senang nak bancuh formula."
Keperluan Mengepam Buat Surirumah / Bekerja Dari Rumah
Poin pertama :Kenapa Nak Pam?
Saya seorang ibu bekerja dari rumah. Sebelum berhenti kerja dulu, memang saya sangat berharap dapat lepak-lepak kat rumah sepanjang menyusukan anak saya. Dah namanya sepenuh masa dengan anak, inilah bonding time kami. Tapi apabila wujudnya kekangan seperti terpaksa keluar, atau jatuh sakit, inilah masanya stok susu sangat diperlukan ketika itu.
Poin kedua : Pam Jenis Apa patut Saya Beli?
Tak kisahlah pam mahal atau murah, sebenarnya kita yang tentukan pam itu banyak jasa atau tidak!
Pam mahal beribu sekalipun tapi tak digunakan sepenuhnya, tak guna juga.
Pam murah walau RM10 tapi digunakan sepenuhnya, akan menjadi kenangan terindah buat semua.
Maka pilihlah pam mengikut keperluan dan keselesaan. Kalau dulu, tak banyak pam yang selesa dan murah. Sekarang ni dah terlalu banyak jenis pam yang wujud di pasaran dan pada harga mampu milik.
Klik untuk Suplemen Untuk Ibu Menyusu
Poin ketiga : Bila Nak Pam Susu?
Bila bekerja dari rumah, bukanlah satu kewajipan mengepam mengikut jadual tertentu. Boleh pam pada bila-bila masa, mungkin selepas solat subuh sementara nak tunggu Dhuha. dan bukanlah wajib buat setiap hari. Boleh pam seminggu sekali dua. Asalkan ada stok sikit untuk waktu-waktu kecemasan.
Poin keempat : Apa Kesan Kalau Tak Pam Susu?
Minda kita sebagai pusat kawalan pengeluaran susu. Apabila anak sentiasa di sisi, susu kebiasaannya terhasil mengikut keperluan si anak. Kebarangkalian nak dapat bengkak susu tu jarang-jaranglah terjadi.
Surirumah mungkin tak ada keperluan mengepam susu, tapi ada kemungkinan terjadi sesuatu kepada si ibu, setidaknya dah ada bekal untuk anak tersebut.
*teringat kejadian yang menimpa junior sekolah yang sangat menyayat hati, Allahyarham Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi dan isteri, kedua-duanya maut dalam kemalangan di LPT manakala bayi mereka berusia 6 bulan terselamat walaupun tercampak ke atas jalan. Arwah ibunya dah ada stok EBM yang boleh bertahan 4-5 bulan untuk bayi tersebut. Subhanallah!
**saya jemput puan-puan untuk sedekahkan AlFatihah buat kedua-dua Allahyarham. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dariNya.
Salam Jumaat, Salam Penuh Barakah!
Baca selanjutnya : Promosi Bulan Ini
Linda
0 comments:
Post a Comment