Ingat lagi tak saya pernah kongsikan resipi nasi lemak tanpa santan sebelum ni?
Ok kali ni saya nak kongsikan pula nasi lemak daun lemuni tanpa santan.
Daun lemuni ni banyak khasiatnya. Saya senaraikan sedikit sebanyak antara khasiat daun lemuni.
- awet muda
- buang angin
- ringankan badan
- mudahkan pembuangan
- sebagai serat tambahan
- antioksidan
Pokok lemuni ni boleh tahan besar juga. Kalau saya balik kampung, memang berdahan-dahan saya kerat dan simpan daunnya dalam peti beku.
Jom kita tengok macam mana nak masak nasi lemak daun lemuni ni!
Resipi Nasi Lemak Daun Lemuni
Bahan-bahannya
5 genggam daun lemuni (dibasuh bersih, dikisar dan ditapis)
5 pot beras
1 biji bawang besar, dihiris
5 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris kasar
1 sudu lada hitam, dibasuh bersih
Garam secukup rasa, jika mahu
5 sudu minyak kelapa/VCO
*atau santan secukupnya bagi yang nak masak menggunakan santan
Cara-caranya
Tanakkan semua dalam periuk nasi dan kacau sekejap-sekejap supaya bahan tidak berkumpul di atas
Cadangan hidangan
Sedap sangat dimakan dengan telur masin, ikan masin atau ikan kering. Sebab tu kalau masak nasi ni, saya tak letak garam.
Nak bagi pedas sikit, saya lawan dengan sambal tumis pula. Tak kisahlah lauk sotong ke, udang ke, ikan bilis ke. Kalau yang dalam pantang, kena elakkan yang gatal-gatal la ya.
Selain sambal tumis, boleh juga ganti sambal belacan.
Akhir sekali, nasi ni sedap makan dengan ulam-ulaman seperti pegaga, daun selum, ulam raja ataupun timun.
Selamat menjamu selera!
Kredit: spicesjourney.blogspot.com
Kredit: linaherbs.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment