Punca Kaki Kebas dan Ngilu Serta Kaedah Pemulihannya

Bangun pagi pijak lantai, tumit rasa bisa sangat.
Tengah malam rasa nak menjerit sebab kaki tiba-tiba kejang!
Siapa pernah kena je tahu seksanya bila kaki tu mengeras kan?

Saya Sakit Kaki

Dah beberapa malam ni saya asyik rasa bisa-bisa pada tapak kaki dan lebih menyakitkan bila bangun pagi. Rasa ngilu pada tapak kaki dan tak terpijak rasanya lantai dalam rumah tu.

Punca Kaki Kebas dan Ngilu

Bila jadi macam tu, saya akan audit diri saya.
Saya akan cari punca kebas dan ngilu pada tapak kaki saya melalui beberapa soalan:
- Apa perubahan dalam diet harian dan aktiviti rutin saya
- Apa perubahan fisiologi yang sedang saya alami, period ke, tak cukup tidur ke
- Apa faktor sekeliling yang mempengaruhi saya, banyak berjalan ke, mandi malam ke

Lepas dah semak semua tu, baru saya perasan yang anak dara nombor 3 ni tengah batuk teruk.
Mungkin sebab seminggu asyik pulun public swimming pool merata, habis segala penyakit kami kutip.
(Baca di sini untuk ceritera kolam renang awam di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya)

Exclusive Breastfeeding - Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Bila anak sakit, kebiasaannya dia banyak mengempeng dan tak nak makan apa-apa pun. Boleh kata 24 jam menyusu dan kemam. Azalea dah 11 bulan, saya mula beri dia makan umur 8 bulan, itupun sesudu je dan lepas tu dia reject solid. Maka saya teruskan EBF (Exclusive Breastfeeding - Penyusuan Susu Ibu sepenuhnya tanpa makanan pejal) sehinggalah dia berusia 10 bulan. Itupun sebenarnya dia makan main-main, makan bila dia nak je. Selebihnya memang saya susukan sepenuhnya dan air zam zam bila perlu.

Kenapa Kaki Saya Sakit dan Kebas?

Normal bagi ibu mengandung atau yang menyusukan berhadapan dengan situasi begini akibat kekurangan kalsium tanpa tidur yang cukup. Bila Azalea merengek, selalunya saya akan lebih kerap bangun menyusukan dan kurang tidur. Kebiasaannya seawal jam 5 pagi saya memang dah bangun untuk siapkan keperluan suami dan anak-anak serta kemas rumah dan memasak.

Maka bila saya kurang tidur, saya juga telah kehilangan sebilangan kalsium dalam badan dan mengakibatkan sakit pada sendi tulang dan tapak kaki.

Apa Perlu Saya Lakukan Untuk Hilangkan Kesakitan Ini?

Kebiasaannya saya akan ambil 2 biji OsteMatrix Shaklee setiap malam sebelum tidur walaupun jumlah dos yang disarankan adalah 4 biji sebenarnya. Namun, saya selalu mengambil produk tenusu seperti susu segar dan juga keju membuatkan saya telah mendapat kalsium yang secukupnya untuk nilai harian. Tambahan pula, kalsium yang diperlukan oleh tubuh kita hanyalah lebih kurang 1000mg sahaja untuk sehari dan pengambilan kalsium berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan kita.
Pengambilan kalsium yang cukup adalah antara saranan pemakanan oleh kementerian kesihatan Malaysia (KKM), di mana kanak-kanak dan remaja 18 tahun ke bawah memerlukan 1300mg kalsium sehari, lelaki dan wanita dewasa (19-50 tahun) memerlukan 1000 mg sehari. Manakala, individu berumur lebih dari 50 tahun, institut perubatan menyarankan pengambilan kalsium yang lebih serta keperluan harian sekurang-kurangnya 1200 mg sehari.  (Baca selanjutnya tentang kesan pengambilan kalsium berlebihan di sini)
Apabila kita menyusukan bayi, sebahagian jumlah kalsium turut tersusut dengan cepat maka saya tingkatkan pengambilan Ostematrix sebanyak 4 biji pada malam tadi.

Kesan Sampingan Pengambilan Kalsium (OsteMatrix Shaklee)

Alhamdulillah!
Saya bangun pada keesokan harinya tanpa ada rasa kebas dan berbisa pada tapak kaki!
Maka memang benarlah OsteMatrix ini sangat disarankan kepada wanita yang sedang mengandung dan menyusukan!

Bagaimanapun, kesakitan yang hilang itu telah mendatangkan beberapa kesan sampingan kepada saya, di antaranya:
- Tidur yang lebih lena pada malam hari
- Azalea tidak lagi kemam miss B sewaktu tidur
- Saya mengalami breast engorgement (bengkak susu) walaupun Azalea kerap menyusu yang boleh dikatakan setiap 1 jam sekali!

Alhamdulillah kerana susu saya diperbanyakkan oleh Allah bagi menampung keperluan harian Azalea. Dan yakinlah ibu-ibu menyusu sekalian, selagi anda amalkan konsep supply vs demand dan konsisten dengan pengambilan suplemen bagi memenuhi keperluan nutrien, susu anda akan sentiasa melimpah ruah dan mencukupi untuk si manja anda.

Apa Itu Ostematrix Shaklee?

OsteMatrix Shaklee secara umumnya adalah pil kalsium yang lengkap dengan Vitamin D (untuk bantu penyerapan kalsium dan fosforus) serta magnesium dan mineral zink. Suplemen ini sangat disarankan untuk tambahan kepada makanan kita setiap hari terutamanya wanita mengandung, menyusukan dan mereka yang bermasalah sendi dan tulang.
Bacaan selanjutnya tentang OsteMatrix Shaklee di sini

Anda perlukan OsteMatrix Shaklee?

Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Ostematrix ni tak?

Klik DI SINI untuk membuat pembelian.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ff0cfed03128175f91fab08064d6b217
ATAU

HUBUNGI SAYA SEKARANG, LINDA ISMAIL
sms | whatsapp 0129401604

DAFTAR KEAHLIAN : KLIK DI SINI


http://sihatdengansaya.blogspot.my/p/belian-online.html

CONVERSATION

0 comments: