Sesungguhnya air tangan ibu yang paling bermakna buat anak-anak dan keluarga. Sekali sekala makan di luar, anak-anak mengeluh dan ajak balik minta saya masakkan untuk mereka, walaupun hanya berlaukkan telur mata dan kicap, anak-anak tetap puji masakan saya.
Bodeklah tu ye! Hehe...
Apa-apapun saya seronok memberikan yang terbaik untuk mereka. Kerana itu juga sanggup saya lepaskan kerja dan jawatan yang telah saya capai dengan penut penat lelah.
Anak sulung saya, Muhammad pernah saya berikan bijiran segera seperti Nestum dan Cerelac, tapi tekaknya memang tak mahu terima semua tu. Dengan waktu kerja yang sangat padat dan panjang, saya perlu cari alternatif untuk memasak dengan kaedah yang pantas dan paling penting berkhasiat!
Bubur nasi memang diketahui ambil masa yang agak lama untuk dimasak. Selepas beberapa kali trial and error session, serta berguru dengan beberapa sahabat, inilah cara saya untuk menyediakan bubur nasi paling mudah dan pantas.
Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit masa di hujung minggu, dan beberapa jam yang anda korbankan itu pastinya akan memudahkan anda untuk beberapa minggu yang akan datang.
Ikuti cara mudah penyediaan bijiran bayi seperti di bawah:-
1. Basuhkan beras perang (ikut kuantiti yang anda suka).
2. Toskan sebentar.
3. Sangai sehingga betul-betul kering.
*goreng tanpa minyak
4. Kisar halus beras tersebut
5. Simpan di dalam belas kedap udara.
Setiap kali anda ingin memasak bubur nasi,
1. Panaskan air segelas sehingga mendidih
2. Masukkan 3-4 sudu beras yang telah dikisar tadi.
3. Kacau hingga sebati dan tidak berketul
4. Campurkan dengan puri sayur atau puri buah-buahan dan sedia dihidang
Yummy!
Anak pun dapat makanan berkhasiat dan sihat.
Selain itu, saya juga pastikan anak-anak saya mengambil suplemen seperti Mealshake dan OmegaGuard bagi melengkapi nutrisi hariannya serta meningkatkan kadar imun badan.
Alhamdulillah, jarang sekali mereka demam berpanjangan. Selsema pun hilang dalam satu dua hari sahaja.
Sekiranya anda berminat mendapatkan suplemen tersebut, jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya ya!
Linda
sihatdengansaya@gmail.com
0 comments:
Post a Comment