Upin Ipin Jeng Jeng Jeng 2016
Seminggu sebelum cerita ni release kat panggung wayang, saya baru tahu ada cerita Upin Ipin ni. Memandangkan anak-anak dah ternampak poster ni, memang kena bawaklah jawabnya.
Jumaat lepas sepatutnya saya ada appointment dengan kawan baik saya di IOI Putrajaya. Cadangnya selepas luncheon dan sign up jadi ahli Shaklee, nak bawa anak-anak tonton cerita ni kat sana.
Too bad, hujan lebat kilat petir guruh berdentum dentam. Jalan kat MRR2 tu pun dah start jam teruk. Saya call kawan dan postpone appointment. Teruslah divert perjalanan ke MBO Galaxy Ampang.
Nasib kami baik, dapatlah tiket pukul 3 petang. Waktu menunggu cuma 15 minit je, taklah lama sangat kan? Seperti yang dijangka, penonton di MBO Galaxy Ampang memang tak ramai. Sebesar-besar panggung tu, cuma ada 4 keluarga termasuk kami, tak sampai 20 orang pun dalam satu panggung.
Sambil menunggu tu, berwhatsapp dengan kawan-kawan group Bainunians. Diorang pun bagi komen, ramai kata tak best. So diorang pun mintak saya komen sekali lepas tengok cerita ni.
Ok, keseluruhan cerita ni, sebagai seorang dewasa saya akan beri 4/5 bintang. Namun dari pandangan mata seorang kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah, mungkin hanya 2.5/5 bintang.
Ini review saya yang tulus dan ikhlas tau!
Di awal cerita, anak-anak asyik tanya saya, "mama, betul ke ni cerita upin ipin? Macam tak ada je". Saya tengok jam, dah 15 minit barulah keluar bayang Upin Ipin dengan tagline "Jeng Jeng Jeng". Itupun sekejap je. Oklah, janji anak-anak puas hati dan tahu cerita tu betul.
Penggunaan pelakon yang jarang-jarang keluar dalam cerita kanak-kanak buat mereka keliru sama ada cerita itu untuk kanak-kanak atau tidak. So bila di awal cerita mereka dilambakkan dengan Awie, Remy Ishak, David Teoh dan lain-lain, mereka memang keliru!
Namun sebagai mak-mak yang tengah sabar, saya pun layan kerenah dan soalan diorang ni supaya tak terasa waktu yang berjalan. Dari pandangan mata saya, saya menilai teknik digital CGI yang digunakan oleh KRU Studios memang up to international standard! Yang ni saya impressed sangat-sangat sebab tak terasa macam tengok tipikal cerita melayu dulu-dulu. Saya seolah sedang menonton Pirates of the Caribbean, Lord of The Ring, Harry Porter, Stuart Little, Iron Man dan yang sewaktu dengannya. Tahniah KRU Studios yang berjaya hidupkan watak animasi Les Copaque ini!
Tetapi malangnya pertengahan cerita ni ada pertanyaan dari anak saya, "mama kenapa gangster kena selalu pukul orang? Kenapa gangster nak duit?". Slot ini ada sedikit negativiti di situ, di mana kanak-kanak dah faham tentang gangster, buli, dan ceti haram. Kat sini la nak uji KBAT ibu bapa pulak, bagaimana nak terangkan pada anak-anak apa yang baik dan tidak.
Waktu konsert Inilah Kegembiraan, saya sendiri menitik air mata. Tak tahu kenapa, tapi saya sebak bila menghayati jalan ceritanya. Syabas sekali lagi kerana berjaya menyentuh hati kecil saya.
Sekali lagi KBAT ibubapa diuji di penghujung cerita bilamana Upin Ipin kata terpaksa berpisah dengan Aqish.
"Mama, Upin Ipin betul-betul hidup ke? Kalau Muhammad sedih, dia datang rumah kita ke?"
Ahaha! Memang KBAT sangat! Mak pak pandai-pandailah jawab dengan jawapan yang bersesuaian dengan kehidupan realiti ya. Latih anak-anak bezakan kehidupan realiti dan fantasi.
So, ini yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Tapi saya pasti, Filem akan datang iaitu Upin Ipin The Movie bakal menggegarkan panggung sepertimana cerita Hantu Durian tu tau!
Sambil keluar panggung, saya rasa melekat di kepala intonasi Jeng Jeng Jeng tu..
Tak lupa juga,
"Bersatu kita teguh...
Bercerai kita roboh..."
Haha.
Ok selamat menonton semua, dan selamat bercuti panjang ye adik-adik!
Untuk yang mahukan anak-anak sentiasa sihat sepanjang cuti sekolah nanti, jangan lupa hubungi saya untuk tahu rahsianya tau!
Stay tuned.