Lagu Untukmu Ibu nyanyian Mamat/Exist yang pernah popular sekitar tahun 90an akhirnya benar-benar meruntun jiwa saya. Lagu yang ditulis oleh ayah saudara saya Megat Ismail Megat Ibrahim dengan berinspirasikan bondanya Hajah Maryam membuat air mata saya tumpah tanpa henti hari ini, tatkala menerima berita yang Nenda Hajah Maryam telah menyambut panggilan Ilahi pada 14 Januari 2015 selepas Maghrib.
Hayatilah bait-bait lagu ini, saya tujukan khas buat mereka yang masih punyai ibu...
Hargailah mereka, selagi hayatnya masih ada.
Untuk Mu Ibu
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu...
Exist (Rahim Othman / Megat Ismail Megat Ibrahim)
إِنَّا لِلهِ وٓإِنّٓا إلٓيْهِ رٓاجِعُون ... ألْفٓاتِحهْ
Semoga nenda tercinta tenang bersemadi di sisi Penciptanya.
Ameen Ya Rabbal Alaamin
0 comments:
Post a Comment