Kriteria Memilih Pam Yang Baik

Saya nak kongsikan pula kriteria memilih pam yang baik yang sering ibu-ibu terlepas pandang dalam membuat keputusan. Sebelum ini, saya pernah kongsikan serba sedikit ulasan dan pengalaman saya sendiri selepas menggunakan 12 jenis pam tidak termasuk jenama Lacte dan Freemie. Klik sini untuk baca Tips Memilih Pam.


Ramai yang bertanya melalui email dan pesanan ringkas tentang pam yang mana paling bagus untuk mereka. Jawapan saya amat mudah, lihat persekitaran anda, bagaimana penggunaan anda, apakah halangan anda dalam menggunakan pam di tempat kerja.


Oleh itu, ibu-ibu boleh juga gunakan kriteria yang saya nyatakan di bawah untuk mengetahui pam mana yang sesuai untuk anda beserta bajet yang perlu anda asingkan untuk membelinya.

- Pusat servis pam
- Harga setiap servis yang dikenakan
- Spare part availability
- Pam single atau double ataupun convertible
- Tahan lasak
- Berat pam dan saiznya
- Jenis punca kuasa (bateri, direct current, rechargeable)
- Jenis bateri
- Mudah untuk dibawa

 Selepas menilai kriteria di atas, ibu-ibu boleh membuat keputusan untuk memilih pam yang bersesuaian dengan anda.

Happy pumping!

CONVERSATION

0 comments: