Dah 2 minggu saya bercuti tanpa gaji kerana babysitter terpaksa pindah rumah secara mengejut.
Kebiasaannya saya akan berhenti untuk mengisi minyak di stesen Petronas USJ 6, sebelum ambil Azalea di rumah babysitter. Maklumlah, takkan nak tinggalkan anak dalam kereta sambil kita isi minyak!
Kredit kepada SEMUA PEKERJA PETRONAS USJ 6!
Setiap kali saya ke sana, baik dari yang di kaunter mahupun di luar, tak pernah lekang senyuman di bibir. Satu lagi yang kerap saya perhatikan ialah mereka akan layan pelanggan mereka seolah-olah dah kenal lama. Ada seorang pakcik ni, cashier dah tahu rutin harian dia akan beli suratkhabar apa, rokok apa, balik pukul berapa. Aunty ni pula, diorang dah tahu cucu sampai dari sekolah jam berapa dan sebagainya.
Setiap kali saya singgah di sana, memang tak pernah lupa untuk bukakan pintu kedai untuk pelanggan.
Harap-harapnya pihak pengurusan akan bagi award pada mereka, sebab banyak-banyak pam stesen yang saya pergi, tak pernah saya alami perasaan seperti dalam keluarga dan komuniti yang mereka tunjukkan.
Yang penting, senyuman mereka penuh dengan keikhlasan dan bekerja sepenuh jiwa.

0 comments:
Post a Comment