8 Rempah Setiap Wanita WAJIB Ambil Tahu

Rempah ratus digunakan untuk menambah selera dan aroma dalam masakan.
Tetapi terdapat juga khasiat tersembunyi yang WAJIB diketahui setiap wanita.

Jom kita geledah rahsia rempah ratus ini!


  1. Buah Pelaga

    Turut dikenali sebagai Permaisuri Rempah Ratus kerana sangat eksotik dan mahal harganya di pasaran dunia. Berfungsi untuk melancarkan peredaran darah serta membuang angin dalam perut.
     
  2.  Kayu Manis

    Membantu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien kepada kulit. Kajian turut mendapati kayu manis mampu menurunkan paras kolestrol LDL. Ia juga merupakan bahan kecantikan semula jadi yang dapat menghilangkan parut, mengurangkan kesan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.
     
  3. Ketumbar 

    Selain menjadi pelengkap masakan, ketumbar turut digunakan untuk mengubati masalah kulit kering. Namun ada had penggunaan ketumbar dalam pengambilan diet harian anda. Ambillah secara berpada-pada.

  4. Bunga Lawang

    Mempunyai tindakan antikulat dan antibakteria. Aromanya bersifat sebagai penenang digunakan dalam minyak urut supaya tidur dengan lebih nyenyak. Ianya dimasukkan dalam masakan sebagai ubat kepada masalah pencernaan, meningkatkan susu ibu (sebagai penggalak susu), merawat athma, bronchitis dan batuk kering.

    bersambung di sini.

CONVERSATION

0 comments: