APA KELEBIHAN TRAVEL DENGAN ANAK KECIL

Siapa kenal Lyna Noh? Artikel tentang beliau dikongsi dalam Harian Metro pada 18 Oktober 2016 mengisahkan pengembaraan beliau yang telah menjelajah 54 buah negara dan lebih membanggakan apabila ia turut disertai oleh anak istimewa beliau, Fahry.


Siapa Lyna Noh

Lyna Noh, atau nama sebenar Siti Norazlina Noh bermula sebagai seorang jurutera di Petronas, dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian dalam bisnes Shaklee. Kini bergelar Master Coordinator Shaklee, Lyna Noh tak pernah berhenti berkongsi ilmu dalam group khas kami, iReach.

Saya sendiri mula mengenali beliau ketika menjadi follower tegar blog beliau dari tahun 2009 http://mysuperkids.net/
Perkongsian demi perkongsian menjadikan kami lebih mengenali sehinggalah saya mula mengenali Hadhatina di blog beliau http://yoursupermom.net/

Bagaimana saya berkait dengan Lyna Noh dan Hadhatina?

Sehinggalah saya mula menjadi pelanggan kepada Hadhatina, dan akhirnya menjadi ahli dan kini bisnes secara serius dalam Shaklee. Oh ya, susur galur saya di dalam bisnes Shaklee semuanya hebat-hebat. Mana taknya, upline saya ialah Master Hadhatina (pengasas group SUPERMOM), manakala upline beliau ialah Master Lyna. Sesungguhnya aura master sangat dekat dengan saya, insyaAllah tak lama lagi saya pula bakal dinobatkan jadi master pula. Doakan ya!

Berikut kelebihan mengembara dengan anak-anak di bawah usia 2 tahun yang dikongsikan oleh Mommy Lyna :

Keistimewaan mengembara bersama anak kecil (di bawah dua tahun)

 

1. Tiket percuma

Kanak-kanak di bawah usia dua tahun hanya perlu membayar caj dan cukai saja untuk tiket kapal terbang termasuk bas.

2. Senang bergerak

Membawa anak kecil yang belum boleh berjalan agak menyenangkan pergerakan. Ini kerana ibu bapa hanya perlu menggunakan penggendong bayi sesuai. Ibu bapa tidak perlu risau keselamatan anak malah si kecil pun seronok dipeluk ibu atau ayah.

3. Dapat keutamaan

Membawa bayi bersama-sama akan mendapat keutamaan. Contohnya berpeluang memasuki pesawat lebih awal dan diberikan keutamaan menaiki kenderaan awam. Di lapangan terbang pula ada laluan istimewa untuk ibu dan bayi.

4. Senang ketika makan

Percaya atau tidak membawa bayi ketika mengembara terutama ‘backpacking’ adalah lebih mudah berbanding kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak sudah pandai memilih apa yang mereka inginkan. Berbeza dengan bayi kerana susu atau buah-buahan lembut sudah memadai.

5. Tidak banyak ragam

Kanak-kanak biasanya ada perangai sendiri terutama apabila kemahuan tidak dituruti. Berbeza dengan bayi kerana mereka belum pandai meminta. Mereka juga tidak akan terlepas dalam dukungan ibu bapa.

Anda juga boleh membaca artikel penuh tentang beliau di Harian Metro DI SINI.

Nak jadi sebahagian dari group kami?

HUBUNGI SAYA SEKARANG, LINDA ISMAIL
sms | whatsapp 0129401604

DAFTAR KEAHLIAN : KLIK DI SINI 

http://sihatdengansaya.blogspot.my/p/belian-online.html
 ATAU Klik DI SINI untuk membuat pembelian.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ff0cfed03128175f91fab08064d6b217

CONVERSATION

0 comments: