Habis gambar selfie sambil bf, video flashmob di KLCC dengan DynazMokhtar pula diviralkan semula
Selepas gambar selfie semasa bf diviralkan, kecoh pula video flashmob bf di KLCC yang dibuat 4 tahun lepas.
Biarlah saya nak bebel sikit ya.
6 tahun lepas.
Nursing room kat public area punyalah payah nak cari!
Kalau ada pun, sama level dok dalam jamban atau kat tempat pembuangan sampah.
KLCC antara tempat tak mesra bf, lif lambat, org ramai, mana nak berkejar gi nursing room kat GF tu! Nursing room mmg comfy, tapi yang penuh biasanya bapak-bapak yang dok melepak dalam tu. Toilet dalam tu pulak salesgirl sana yang dok guna. (Saya berani cakap sebab saya complaint to the management ya!)
Shopping complex lain toksah kata la, jenuh mencari sampai kadang2 staf dia soh masuk stor yang penuh habuk je.
Waktu tu mula invest nursing blouse, nursing cover, pakai SSC. Sambil pilih barang guna 2-2 tangan, saya nursing anak tanpa orang perasan sbb anak dok diam-diam dalam SSC. Takde orang perasan pun. Selagi ada adab, selagi boleh cover, selagi orang tak nampak, bukan saja-saja tayang ya.
Bermula pada itu, macam-macam awareness yang dibuat supaya ibu-ibu lebih menyusukan anak, selagi berkemampuan. Waktu tu kesedaran bahayanya beri anak susu formula dipertingkatkan. Saya tahu ada juga ibu-ibu yang kurang bernasib baik untuk menyusukan anak dan terpaksa memilih susu formula, namun sentiasa diingatkan untuk berusaha cari ibu susuan terlebih dahulu dan jadikan susu formula sebagai pilihan yang terakhir.
Awareness campaign waktu itu dibuat melalui ceramah umum, support group, flashmob dsb. Alhamdulillah, dah nampak hasilnya sekarang.
• lebih ramai ibu dapat ilmu penyusuan
• lebih banyak tempat penyusuan diwujudkan
• lebih ramai pengasuh mula menerima anak asuhan yang minum susu ibu
• lebih banyak gajet penyusuan yang mampu milik
• lebih ramai para suami yang menyokong isteri
Nah penjelasan dari Dynaz Mokhtar di ig beliau.
Namun, selfie sambil bf untuk ditayang kepada public bukan pula saranan kepada ibu-ibu yang menyusukan ya!
Apa-apapun, jadi ibu yang menyusu ni perlulah support dari keluarga dan orang sekeliling. Mana nak menyusu lagi, calcium deficiency lagi, uruskan anak lagi.
Sebab itu, selain ilmu penyusuan, gajet penyusuan, perlu juga ada penjagaan kesihatan supaya ibu menyusu sentiasa sihat. Taklah nanti menyusu kat public sampai tertidur dan terus ternampak sesuatu yang tak sepatutnya ditayangkan!
Ok habis membebel.
Saya belanja video untuk kekal berstamina walaupun menyusukan anak.
*jangan korang bayangkan yang bukan-bukan pulak! Kalau rasa perasaan tu lain macam bila tengok video ni, memang sah-sah rosak lah otak korang tau!