Lampin Pakai Buang yang Mana Paling Best?

Persoalan tentang lampin pakai buang yang mana paling best dan sesuai dengan anak selalu menjadi dilema kepada ibu bapa yang pertama kali menyambut cahaya mata. Saya kongsikan serba sedikit pengalaman tentang lampin pakai buang (disposable diapers, DD) yang biasa menjadi pilihan ibu-ibu.

Disposable diapers berjenama Pampers harganya sampai rm60++, tp tak berbaloi sangat disebabkan kekerapan untuk tukar lampin setiap kali anak membuang najis kecil atau besar adalah tinggi. Tapi jangan tak tahu, inilah antara jenama paling otai yang sebati dalam minda semua sehinggakan semua jenis lampin kita panggil pampers! Seingat saya, jenama ni juga dulu ada cutting untuk lelaki dan perempuan.

HuggiesJeans ni kalau ada kat malaysia, mesti comel kan?

Huggies dan Drypers pula menggunakan material sama sebenarnya sebab dibuat di kilang yg sama, production line hanya ikut cutting size dan tampal brand sahaja. Drypers mempunyai cutting lebih besar dari Huggies tapi daya serapan sama sahaja sebenarnya.

Huggies (tak termasuk pull up pants) ada 3 jenis iaitu Huggies Dry (Biru), Huggies Comfort (Merah), Huggies Ultra (Hijau, dulu warna Ungu). Biru paling ekonomi, Merah antara yang paling selesa dan Hijau paling tahan lama. Untuk kegunaan harian dan kerap tukar, saya sangat syorkan guna yang biru. Setakat ni, saya lebih selesa guna Merah walaupun jarang-jarang digunakan.


Untuk Drypers pula, dulu ada Drypers Soft yang sama kualiti Huggies Dry manakala Drypers Wee Wee Dry lebih mirip Huggies Merah. Bagaimanapun, kurang pasti sama ada Drypers Soft masih ada dijual sebab susah sangat nak jumpa di pasaran.

Opps! Yang kat atas tu packing lama. Yang ini packaging baru untuk Drypers.

 
Mamy Poko pula mahal tapi boleh bertahan untuk heavy wetter. Kualitinya lebih bagus berbanding jenama yang lain. Material lebih gebu gebas untuk punggung montok si kecil!



Antara lain yang lagi best dari Mamy Poko ialah Merries ataupun Goon, tapi harga pun lagi best la kan. Kedua-dua jenama ni ada cutting untuk lelaki dan perempuan. Nak tau best ke tak, cuba la dulu ye.

PetPet dan Whoope waktu mula-mula kuar dulu reganya dalam RM22.90 aje. Tapi selepas dapat permintaan tinggi, barulah naik harga setaraf Huggies dan Drypers.


Saya pernah juga guna lampin ekonomi seperti Hey Baby dan pendapat saya, "Hey! Not bad!". Kekurangan lampin ni pada pita pelekat sahaja, sebab menggunakan jenis selotep yang kalau dah salah tampal, jenuh nak buka dan tampal semula.

SOALAN : Lampin manakah paling tahan bocor?
Berbalik kepada soalan umum tentang lampin mana paling tahan bocor dan mempunyai daya serapan yang tinggi.

Sebenarnya, mana-mana lampin pakai buang pun ok. Lampin ni sepatutnya ditukar SETIAP KALI anak anda membuang! Tak kisahlah kalau ditulis tahan 18jam sekalipun, tak kesian ke biarkan anak berkepam dengan air kencing kat bontot dia lama-lama? Ibaratkan ibu-ibu sedang haid, pakai tuala wanita dari pagi sampai ke petang dan tak tukar-tukar? Eeeeewwwwww!


Dan kerana itulah, saya sebenarnya lebih gemar menggunakan lampin moden atau lebih dikenali sebagai CD (Cloth diapers). Setiap kali anak membuang, saya akan tukar supaya punggung dia comel aje. Anak pun wangi dan lebih mudah untuk potty train!


Ruam pun jarang-jarang nak hinggap kat punggung tau. So ibu-ibu, rajin-rajinkan lah tukar lampin anak ya. Jangan fikir nak jimat, sanggup biar dari 6petang sampailah pukul 8pagi keesokannya. Maklumlah, lepas ambil anak dari rumah pengasuh, tak tukar-tukar dah sampai nak hantar semula esoknya! Tau-tau dah penuh lampin dan melayut-layut berapa kilo dah. Hehe...

Oh ye! Kalau yang ada masalah ruam lampin, bolehla cuba letak tepung ubi sikit untuk redakan ruam dan biar terdedah kepada udara untuk keringkan sebentar. Atau lebih mudah juga kalau gunakan Herbal Blend Shaklee, selamat digunakan untuk kanak-kanak!


CONVERSATION

1 comments:

MissVee88 said...

Terima kasih atas makluman ini.

Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!