Kemangkatan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 27 Mei 2014 adalah benar

Eإِنَّا لِلهِ وٓإِنّٓا إلٓيْهِ رٓاجِعُون ... ألْفٓاتِحهْ

Menerima berita kegeringan Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah pada 27 Mei 2014.

Meskipun terlalu banyak berita palsu disebarkan tentang kemangkatan baginda semenjak dua tahun lepas sehinggalah kebelakangan ini di laman-laman sosial, hari ini baginda masih bergantung pada alat bantuan pernafasan di mana secara teknikalnya hayat baginda telahpun tiada. Kerabat baginda bagaimanapun masih belum bersedia menghentikan alat tersebut, ditambah urusan mencari pengganti yang belum selesai.

Imbau sedikit tentang baginda Sultan;
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994
Baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.

Sepanjang tampuk pemerintahan baginda, saya pernah beberapa kali menghadiri istiadat diraja ketika masih kecil. Pernah juga baginda mencemar duli di teratak buruk kami ketika arwah nenda saya Allahyarham Abdul Rahman bin Alang Md Yassin, Orang Besar 16 Perak yang meninggal dunia pada tahun 1991.

Arwah ninda saya merupakan ahli pasukan hoki Malaya yang pertama, berganding dengan baginda Sultan ketika perlawanan di Hong Kong. Dari situ jugalah arwah ninda saya diberi panggilan 'Rahman Ahong'. 

Baginda sultan sangat berjiwa rakyat. Kesudian baginda beramah mesra dengan rakyat jelata menunjukkan sikap keterbukaan baginda dan nilai-nilai murni itu diterapkan pula kepada waris-waris beliau.

Alfatihah buat baginda Sultan.

Semoga baginda ditempatkan di kalangan para solihin.

*siapa Sultan Perak yang seterusnya?
“Fasal VI (1) Manakala mangkat kita dan mangkat seseorang daripada ganti-ganti kita yang gemilang,  maka jenazah kita dan jenazah-jenazah ganti-ganti kita yang gemilang hendaklah di simpan dengan tiada dimakamkan mengikut sebagaimana adat Melayu sehingga seorang ganti telah dipilih dan dilantik,  dan inilah kita mengikrar dan memerintahkan bahawa hendaklah Raja Bendahara atau Orang Kaya Bendahara apabila gelaran Raja Bendahara itu dimahsuhkan menjalankan kuasa-kuasa dan menyempurnakan tanggungan-tanggungan Raja Pemerintah itu di antara kemangkatan seorang Raja Pemerintah  dengan lantikan seorang Raja Pemerintah baharu.

 (2)  Manakala berlaku kemangkatan yang demikian itu dan jikalau kita atau mana-mana daripada ganti-ganti kita melucutkan milik-milik Raja,  hak-hak,  kuasa-kuasa dan kebebasan-kebebasan bagi Raja,  Raja Pemerintah itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Dewan Negara seperti yang disyaratkan di bawah ini,  dan hendaklah apabila dilantik dinyatakan seperti itu mengangkat dan menanda tangani apa-apa sumpah yang harus ditetapkan oleh Dewan Negara itu dari satu masa ke satu masa dengan syarat bahawa sumpah yang demikian itu hendaklah mengandungi perkataan-perkataan yang akan mengikat perasaan Raja Pemerintah itu dan kemudian daripada itu Raja Pemerintah itu hendaklah ditabalkan mengikut adat Melayu.

Tetapi hendaklah disyaratkan pula bahawa dalam timbangan-timbangannya berkenaan dengan pilihan seorang Raja Pemerintah itu,  hendaklah Dewan Negara itu memberi timbangan-timbangannya yang pertama kepada sesiapa Bakal Sultan mengikut susunan yang tersebut di bawah ini,  yang keduanya kepada sesiapa Raja yang Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya dan kemudian daripada itu hendaklah dijalankan seperti yang disyaratkan dalam Fasal VII, VIII dan IX dalam Bahagian ini.”

**sehingga entri ini ditulis, Menteri Besar belum membuat pengumuman rasmi bagaimanapun suasana di perkarangan istana diselubungi perasaan pilu dengan alat-alat kebesaran yang telah mula dibawa masuk dan kehadiran seluruh kerabat diraja. Rakyat jelata di Ipoh dan Kuala Kangsar masing-masing telah kelihatan bersongkok dengan lilitan putih sebagai tanda berkabung.

***sumber dari bilik berita.
Berita rasmi akan diumumkan selepas alat bantuan pernafasan baginda dimatikan.

CONVERSATION

0 comments: