Persiapan Jemaah Sebelum ke Tanah Suci

Pendahuluan

Mengerjakan haji merupakan rukun Islam ke lima bagi umat Islam. Justeru itu adalah sangat penting bagi semua bakal jemaah haji untuk membuat persiapan diri dari semua aspek termasuk penjagaan kesihatan.

Maklumat yang disediakan hanyalah sebagai panduan bagi jemaah untuk membuat persediaan serta langkah-langkah persediaan dalam mengekalkan tahap kesihatan supaya dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna.

Semoga panduan penjagaan kesihatan ini dapat membantu bakal jemaah/jemaah haji dalam menjaga kesihatan mereka sebelum, semasa dalam mengerjakan ibadat haji dan selepas pulang ke tanah air. Panduan yang disediakan ini, hanyalah dari aspek kesihatan sahaja. Bakal haji/jemaah haji dinasihatkan mendapatkan maklumat terperinci dari pihak Lembaga Tabung Haji dan Petugas Perubatan dari masa ke semasa.

Persiapan sebelum ke Tanah Suci

Semua jemaah haji termasuk kanak-kanak yang dibawa untuk mengerjakan haji diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mempunyai surat akuan doktor bagi memperolehi visa haji. Ini merupakan syarat/peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi semua jemaah yang ingin menunaikan fardu haji. Sebelum ke tanah suci semua bakal jemaah perlu mengambil tindakan berikut:

Sebelum belepas ke tanah suci, bakal haji perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan atau hospital. Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui status kesihatan diri jemaah seperti:

Semua bakal haji mesti mendapatkan suntikan anti meningitis iaitu meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 yang boleh diambil di klinik atau hospital. Pihak Berkuasa Arab Saudi telah mewajibkan semua bakal haji mendapatkan suntikan ini sebelum mengerjakan haji. Suntikan ini akan diperakukan oleh doktor dan direkod dalam Buku Rekod Rawatan.

Bakal haji digalakkan juga mengambil suntikan pilihan seperti:
Walaubagaimanapun bakal haji diminta mendapatkan nasihat dari Pakar/Pegawai Perubatan terlebih dahulu mengenai imunisasi yang ingin diambil.

Selepas membuat pemeriksaan kesihatan semua maklumat kesihatan akan di catat didalam buku rekod rawatan kesihatan . Buku ini mempunyai makumat kesihatan serta senarai ubat-ubatan yang perlu diambil mengikut dos atau sukatan yang telah ditentukan. Buku ini hendaklah sentiasa dibawa bersama jemaah haji semasa mendapatkan rawatan perubatan di Tanah Suci.
  1. Membuat Pemerikasan Kesihatan
      • mengesan penyakit lebih awal supaya rawatan dapat diberikan bagi mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk semasa di tanah suci
      • memberikan rawatan dan ubat sekiranya bakal jemaah haji menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta lain-lain masalah kesihatan
      • mengesan penyakit berjangkit yang boleh menjangkiti orang lain
      • kehamilan bagi wanita
      • masalah ganguan mental, nyanyuk (dimensia) dan sebagainya
      • mengesan penyakit bahaya
      • mengesan status kesihatan yang tidak mengizinkan

      1. Pemeriksaan kesihatan yang perlu ialah:
        • Pemeriksaan mental dan fizikal
        • Ujian makmal : Paras hemoglobin, kumpulan darah (A,B,O dan RH Factor dan lain-lain ujian ( jika perlu)
        • ECG, X-ray, ujian stress mengikut umur dan keadaan fizikal (jika perlu)
      2. Pemeriksaan lain yang digalakkan (tidak termasuk dalam pakej pemeriksaan kesihatan)seperti :
        • Mata - mengetahui tahap penglihatan
        • Telinga - mengetahui tahap pendengaran
        • Gigi - masalah pergigian. Semasa di Tanah Suci pasukan perubatan tidak menyediakan rawatan pergigian
     
  2. Mendapatkan suntikan (imunisasi)
    • Suntikan vaksin Anti Meningitis
    • Suntikan pilihan
    • Influenza
    • Pneumococcal 23-valent
    • Hepatitis (A, B, C)
    • Lain-lain vaksin
     
  3. Mempunyai Buku Rekod Rawatan kesihatan
Semasa pemeriksaan kesihatan, beritahu doktor mengenai penyakit yang dihadapi terutama yang berisiko tinggi seperti asma, sakit jantung, diabetes (kencing manis) dan hipertensi (darah tinggi) serta ubat-ubatan yang diambil. Jangan sembunyikan penyakit/masalah kesihatan agar tindakan segera boleh diambil bagi membantu mereka jika jatuh sakit semasa di Tanah Suci. Semua jemaah mesti mendapatkan pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 3 bulan sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Pemeriksaan kesihatan bagi bakal jemaah warga mas 60 tahun ke atas.(warga emas)
Bakal haji warga emas perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan lebih awal iaitu 6 - 10 bulan sebelum belepas ke Tanah Suci bagi mengetahuii:
  • status kesihatan seperti kesihatan fizikal, mental dan pemakanan
  • keperluan khas seperti peralatan perubatan dan ubat-ubatan
  • kumpulan merisiko tinggi agar rawatan awal dapat diberikan
Bakal haji warga mas yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti asma, diabetes, hipertensi, sakit jantung, sakit buah pinggang dan endokrine sangat digalakkan mengambil suntikan influenza.
Penangguhan pemergian ke Tanah Suci Bakal haji yang menghadapi masalah kesihatan yang seriusdinasihatkan menangguhkan pemergian ke Tanah Suci jika mengalami masalah seperti:
  • Gangguan mental (gila/tidak siuman)
  • Dimensia (nyanyuk)
  • Diabetes yang tidak terkawal dan mempunyai komplikasi
  • Hipetensi yang tidak terkawal dan dalam keadaan bahaya
  • Sakit jantung di peringkat bahaya
  • Wanita hamil
  • Penyakit kanser di peringkat teruk/bahaya
  • Sedang menghidapi penyakit berjangkit
Pengambilan ubat hormon oleh jemaah haji wanita Bakal haji wanita yang ingin memberhentikan sementara haid diminta mendapatkan nasihat Pakar/Pegawai Perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil ubat hormon.

sumber: http://bit.ly/18LGIS5
Semakan Akhir : 13 November 2009
Penulis : Arizah Zainuddin

CONVERSATION

0 comments: