Jom Lebihkan Nutrisi Anak Dengan Dumex Dugro!
Tahun lepas waktu
Linda join contest Supermom, Linda diberi tajuk pidato "Kesihatan Anak
Bermula Di Rumah". Waktu tu Linda beri point penting, "rumah
pertama" anak kita sebenarnya dari rahim kita. Sebab itu penting untuk
para ibu menjaga pemakanan sebelum dan sepanjang kehamilan.
Ok, cukup bab pemakanan ibu.
Bila anak dah besar ni, paling penting untuk ibu-ibu jaga pula pemakanan anak.
Yelah, 9 bulan duduk dalam rahim, kita jaga dan belai cukup-cukup. Takkanlah anak dah besar kita sumbat apa yang sempat je kan?
Event Dumex Dugro Tak Pernah Menghampakan!
Ok, cukup bab pemakanan ibu.
Bila anak dah besar ni, paling penting untuk ibu-ibu jaga pula pemakanan anak.
Yelah, 9 bulan duduk dalam rahim, kita jaga dan belai cukup-cukup. Takkanlah anak dah besar kita sumbat apa yang sempat je kan?
Event Dumex Dugro Tak Pernah Menghampakan!
Best part, Linda dapat
peluang untuk join Sesi
Mama2 Penyayang Dugro oleh Dumex Dugro pada 18 Mac 2018 hari Ahad lepas
di The Cooking House, Bangsar. Waktu dapat jemputan tu, memang seronok sangat
sebab dah sampai tahap Linda berada dalam komuniti yang saling memahami
perasaan ibu-ibu especially yang mahukan semuanya cepat dan pantas tetapi dalam
masa sama menjimatkan serta berkhasiat untuk keluarga tersayang.
Selebriti Yang Bersama Dumex Dugro
4 jam dalam event tu
sangat tak terasa sebab penuh dengan pengisian ilmiah dan menghiburkan. Bila
selebriti Yana Samsudin jadi emcee, memang tak kering gusi masing-masing lebih
lagi digandingkan dengan Diana Amir yang tak lokek berkongsi pengalaman
anak-anak. Kesian pulak sebenarnya dengan Diana Amir, dalam loya awal kehamilan
tu, dia gagahkan juga untuk bersama kami semua. Eh jangan lupa Chef Lin yang
terkenal dengan buku resipi memikat hati mertua tau! Yang baru nak kahwin tu,
boleh la start beli buku tu ya.
Demo Masakan Dengan Chef Lin
Bermula dengan demo
masakan oleh Chef Lin dengan dua jenis resipi RPJPN (Ringkas, Pantas, Jimat dan
Penuh Nutrisi) menggunakan susu Dumex Dugro, kami berpeluang mencuba sendiri
memasak menu tersebut. Kebab Ikan Comel dan Quiche Ayam Cendawan ni sangat
berwarna warni, penuh nutrisi dan paling penting untuk ibu-ibu ialah mudah
serta pantas disediakan.
Talian Bantuan 24 Jam Buat Ibu Dari Dumex Dugro
Sebelum memasak, kami
dapat beramah mesra dengan wakil Dumex Dugro. Sebenarnya Linda pernah gunakan talian
Careline Dumex Dugro pada tahun 2010 waktu Muhammad ada masalah sembelit.
Memang sangat membantu! Paling Linda tak sangka, rupanya Careline tu beroperasi
24 jam dan dikendalikan oleh pakar nutrisi, bekas jururawat bertauliah dan
ramai lagi. Kalau korang ada masalah dengan perkembangan anak-anak, diorang
sedia membantu tanpa sebarang bayaran pun.
Sebelum terlupa, ini
nombor telefon Careline Dumex Dugro, simpan siap-siap dalam handphone tau!
Careline Dumex Dugro : 1-800-38-1038
Kenapa DUMEX DUGRO terbaik untuk pembesaran anak?
Sebenarnya Linda nak tahu la jugak, kenapa
kita kena pilih Dumex Dugro kan? Dalam sesi Q&A, ada diberitahu
sebab-sebabnya.
Antara sebab kenapa Dumex Dugro ni terbaik ialah, mengandungi nutrien lengkap yang diperlukan kanak-kanak mengikut perkembangan umur mereka. Kandungan lengkap seperti berikut:
• Mengandungi jumlah DHA paling tinggi
• Omega 3
• Omega 6
• satu-satunya jenama mengandungi IcFOS
Antara sebab kenapa Dumex Dugro ni terbaik ialah, mengandungi nutrien lengkap yang diperlukan kanak-kanak mengikut perkembangan umur mereka. Kandungan lengkap seperti berikut:
• Mengandungi jumlah DHA paling tinggi
• Omega 3
• Omega 6
• satu-satunya jenama mengandungi IcFOS
Promosi Dengan Setiap Pembelian 2 Pek Dumex Dugro 900gm
Tak lupa juga, Dumex Dugro tengah ada promosi tau! Lebih baik
korang grab cepat sebab free gift ni sementara stok masih ada je. Beli 2 pek
saiz 900gram, percuma 2-in-1 Playmat+Storage Bag. Tapi jangan lupa, tertakluk pada syarat berikut:
*Sementara Stok Masih Ada
**Sebarang variasi
Linda dah dapat hadiah ni, anak-anak pun dah guna sebaik je Linda sampai rumah selepas event hari tu. Dah berebut pulak diorang, lepas ni nak terus ke kedai untuk cari pek promosi ni lagi. Pek ni sesuai nak bawak jalan-jalan, lagipun anak-anak Linda umur rapat-rapat, boleh share je satu pek tu kan.
Linda dah dapat hadiah ni, anak-anak pun dah guna sebaik je Linda sampai rumah selepas event hari tu. Dah berebut pulak diorang, lepas ni nak terus ke kedai untuk cari pek promosi ni lagi. Pek ni sesuai nak bawak jalan-jalan, lagipun anak-anak Linda umur rapat-rapat, boleh share je satu pek tu kan.
Kalau korang nak tahu promosi terkini dari Dumex Dugro, jangan lupa layari :
6 Cadangan Hidangan Mudah dan Ringkas Dengan Menambah Dumex Dugro dalam Sajian Anak Anda
Waktu Chef Lin buat demo masakan tu, ingatkan dapat tengok je. Sekali diberitahu yang kitorang ni pun kena cuba masak 2 resipi yang sama macam Chef Lin buat tu. Apalagi berebut masing-masing keluarkan handphone nak rakam video supaya boleh cek semula cara dan kaedah masakan tu.
Tapi Dumes Dugro kan memang satu kumpulan yang betul-betul nakkan ibu-ibu yang sediakan makanan penuh nutrisi untuk anak-anak, maka kami dilengkapkan dengan Buku Resipi yang mengandungi 6 jenis masakan yang Ringkas, Mudah, Jimat dan Penuh Nutrisi!
Tips Penyediaan Makanan Yang Mudah, Ringkas, Jimat dan Penuh Nutrisi
Antara tips yang Chef Lin dan pihak Careline Dugro berikan dalam penyediaan makanan adaah seperti berikut:
- sediakan bahan masakan seperti inti pada hujung minggu dan bekukan
- penuhi makanan anak-anak dari pelbagai warna (warna pelangi) agar lebih menarik dan menyihatkan
- pilih ikan laut dalam yang bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak
- sediakan makanan dalam bentuk yang menarik dan comel
- elakkan atau kurangkan penggunaan garam dan gula serta pewarna sintetik
Yana Samsudin ada pesan, apa yang kita letak dalam pinggan, itulah yang anak kita akan makan. Jangan Tanya soalan seperti, "nak makan yang mana?", sebab bila kita Tanya, kita dah beri dia pilihan untuk pilih makanan tertentu. Itulah salah satu punca kenapa kanak-kanak tak suka makan sayur tau.
6 Jenis Masakan Oleh Dumex Dugro Dan Chef Lin
Balik dari event, kami dapat bawa balik makanan yang kami sediakan tu. Punyalah suka anak bertuah mama makan, sampai mintak lagi tau! Kat sini Linda nak kongsikan gambar makanan yang dicadangkan. InsyaAllah lepas siap beli bahan-bahan memasak, Linda akan cuba satu persatu dan kongsikan sekali resipi dalam entri berikutnya.
Untuk memudahkan, Linda letak dulu gambar kat sini dan link kepada resipi tu akan Linda kemaskini nanti.
QUICHE AYAM &
CENDAWAN ENAK (masa penyediaan : 35 minit)
NASI GORENG MERIAH
(masa penyediaan : 20 minit)
PASTA SI MANJA (masa
penyediaan : 15 minit)
BURGER AYAM SAYANGKU (
masa penyediaan : 20 minit )
BUBUR IKAN RIANG RIA
(masa penyediaan : 25 minit)
KEBAB IKAN COMEL (masa
penyediaan : 15 minit)
Jom Pastikan Anak Dapat Lebih Lagi Nutrisi
Sambil jalan-jalan
cuti sekolah ni, nak tak nak kena pastikan juga anak-anak minum susu, dan makan
makanan yang cukup nutrisi untuk mereka. Ibu mana yang tak sayang anak kan?
Korang camne?
Jomlah sama-sama kita usaha berikan yang terbaik untuk anak-anak kita tau!
Next entri, jangan lupa follow kalau nak tahu resipi best yang boleh kita buat dengan menggunakan susu Dumex Dugro ni ya!
Korang camne?
Jomlah sama-sama kita usaha berikan yang terbaik untuk anak-anak kita tau!
Next entri, jangan lupa follow kalau nak tahu resipi best yang boleh kita buat dengan menggunakan susu Dumex Dugro ni ya!