Acar Buah Tradisional, Resipi Warisan Turun Temurun
Deretan acar buah yang mama buat.
Mama kata, ini last mama buat.
Mama dah tak larat.
Mama suruh sambung legasinya.
InsyaAllah.
Cuma ayat-ayat mama tu makan dalam sikit 😥
Mudah-mudahan mama diberikan kesihatan berpanjangan dan ditemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.
Kenapa acar buah mama paling sedap di tekak?
- semua buah dijeruk sendiri, maka dijamin kebersihan dan kualitinya. Tak main la guna buah-buahan jeruk kaler-kaler yang jual kat pasaraya tu, banyak pengawet weh!
- buah-buahan dari pokok rumah arwah tok dan pah, supaya kenangan rumah Talang sentiasa dalam ingatan kalian.
- buah-buahan lain semuanya dari makanan sunnah, kurma, kismis, buah tin...mujur la tak masuk olive dan delima pulak!
- ramuan dan rempah yang sihat, bawang-bawang dan halia untuk keluarkan angin dalam badan.
- tak guna cuka biasa, tapi guna apple cider!
- dimasak penuh kasih sayang, zikir dan tahmid supaya makanan yang bakal jadi darah daging kita lebih berkat.
*opss! Maaf kalau anda terliur! Sebab kami memang tak jual. Ini rutin Ramadhan yang mama buat setiap tahun selepas dah tak larat buat untuk jualan nak tampung kami adik beradik waktu kecil dulu.
InsyaAllah, esok akan mula diedarkan buat adik beradik dan saudara mara tersayang. Maaf terlambat pula tahun ni, mama kurang sihat. Sama-sama doakan mama sentiasa kuat dan diberikan kesihatan ya!
#acarbuah #resipi #resipiwarisan #resipituruntemurun #cookwithlove #love #foodporn #fotd #foodoftheday #notforsale #ilovemom #mother